KEMENANGAN PAKATAN HARAPAN KERANA NAJIB infomalay12.blogspot.com

SEBENARNYA KEKALAHAN  BN/UMNO ADALAH KERANA NAJIB RAZAK.
 
SEBAGAIMANA MAHADHIR DAN MUHYIDDIN YASIN  DEMIKIAN JUGA ANGGOTA UMNO YANG RAMAI TIDAK SUKAKAN NAJIB, SEBAB ITU YANG MENANGKAN PAKATAN HARAPAN ADALAH DARI AHLI UMNO SENDIRI.
 
PERKARA INI TAK PAYAH BINCANG LA, BUANG MASA !
 
SEKARANG NAJIB SUDAH TIADA, UMNO PERLU RAPATKAN SAF DENGAN PEMILIHAN YANG BARU, UMNO PERLU KUKUHKAN PARTI DAHULU SEBELUM ADAKAN KERJASAMA DENGAN SESIAPA YANG SESUAI.
 
KEPIMPINAN UMNO NANTI JANGAN BONGKAK DAN BODOH SOMBONG, DENGAR RINTIHAN ANGGOTA BAWAHAN, RASANYA PAKATAN HARAPAN MENANG HANYA KALI NI SAHAJA, DAN TAK MUSTAHIL AKAN JOIN UMNO BALIK.
 
UMNO JUGA PERLU BERHATI-HATI DENGAN  RAKAN-RAKAN KOMPONENNYA TERUTAMA MCA DAN GERAKAN SERTA MIC.
 
-Pak Karamu-

 

 Tun M buktikan rakyat pilih ‘parti miskin’ ketika PRU14

AddThis Sharing Buttons

Tun M buktikan rakyat pilih ‘parti miskin’ ketika PRU14
Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengerusi PH Kedah di Dewan Seri Mentaloon hari ini. Foto: Bernama
(Ubah saiz teks) 
 
ALOR SETAR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kemenangan besar Pakatan Harapan (Harapan) pada PRU14 membuktikan rakyat mampu menolak sogokan dan rasuah yang ditawarkan kerajaan terdahulu bagi mendapatkan undi.

Katanya, tindakan itu didorong rasa tanggungjawab rakyat terhadap kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

"Sebab itu ramai rakyat dari semua peringkat tolak parti yang umpan mereka dengan sogokan sebaliknya mereka beri sokongan kepada parti yang miskin dan tidak dapat hulur wang dan macam-macam lagi sogokan.

"Rakyat memberi sokongan kuat sehingga terjatuhnya sebuah kerajaan yang memerintah negara selama 61 tahun kerana sikap mereka (kerajaan terdahulu) yang bertukar daripada pejuang kemerdekaan kepada parti yang tamak untuk kumpul kekayaan sendiri," katanya pada Majlis Berbuka Puasa bersama Pimpinan dan Jentera Pilihan Raya PH Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Harapan Negeri Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir serta barisan pemimpin tertinggi parti komponen PH Kedah. - Bernama

Subscribe to receive free email updates: