AKHIRNYA DR ROSLI YANG PENIPU ? infomalay12.blogspot.com

TUTUP KES JE LA.
 
ATAU TUNGGU SIASATAN POLIS ? KALAU SIASAT SEKALIPUN JAWATAN MB TU DAH TIDAK ADA LAGI.
 
DOK DIAM-DIAM UDAH LE !
 
Pak Karamu- 
 

'Lantikan Amirudin melalui konsensus'

AddThis Sharing Buttons

'Lantikan Amirudin melalui konsensus'
MOHAMED AZMIN
(Ubah saiz teks) 
 
KLANG - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan pelantikan Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dicapai melalui konsensus.

Kenyataan itu dilihat bertentangan sama sekali dengan dakwaan dibuat Adun Ijok, Dr Idris Ahmad pada sidang media di kediamannya, pagi tadi.

“Saya tidak mahu terjebak dalam polemik ini. “Perbincangan berjalan dengan baik dengan konsensus semangat untuk memastikan kesinambungan,” katanya selepas majlis mengangkat sumpah jawatan, di Istana Alam Shah, sini, hari ini.

Idris pada sidang media sejam sebelum majlis angkat sumpah Amirudin turut mengemukakan surat sokongan pemimpin-pemimpin Bersatu, DAP dan Amanah Selangor yang didakwa menyokong pelantikannya.

Surat sokongan berasingan pula ditandatangani oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam semua empat surat berkenaan yang ditandatangani awal bulan ini, nama Idris adalah calon tunggal yang dikemukakan oleh setiap parti.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa PKR mencalonkan Adun Sungai Tua selama tiga penggal, Amirudin dan Adun Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin sebagai calon untuk menteri besar.

Pelantikan baharu ini selepas Mohamed Azmin dipilih pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Idris dalam dakwaannya turut mengaitkan pelantikan Mohamed Azmin sebagai menteri besar untuk penggal kedua juga tanpa persetujuan dalam kalangan parti Pakatan Harapan (Harapan).

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :