Cakap berbelit2,cam ni nak jadi PM... infomalay12.blogspot.com


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan bahawa parti itu pernah i mengkafirkan umat Islam lain tetapi sebaliknya mendakwa ini dilakukan oleh ahli partinya yang melompat menyertai Umno.

Katanya, PAS tidak berhak berbuat demikian kerana itu bukan ajaran Islam yang sebenarnya.

“Kita ajak dan beritahu orang Islam, kita mesti percaya pada Islam. Dia kata kita mengkafirkan orang, bukan kerja kita mengkafirkan orang.

“PAS tidak mengkafirkan si anu dengan si anu, sia anu dengan si anu. (PAS tak kata) Umno kafir orang tu kafir, PAS tak kata begitu.

“Memang ada orang dalam PAS yang cakap begini, orang PAS yang cakap begini masuk Umno belaka tak ada dalam PAS. Yang cakap keras-keras tu pergi ke Umno. Kerana dalam PAS kita ajar batas-batas iman dan kufur,” kata Abdul Hadi dalam ceramahnya di Markas PAS Kuah Langkawi, malam semalam. - mk

Dulu siapa yang kata dulu, WAJIB sokong DAP dan HARAM sokong Umno hingga kiamat pada 8 Ogos 2012 dan siapa pulak yang kata PAS dapat untung kerjasama dengan DAP pada 13 Oktober 2012 walau pun dia tahu DAP tolak hudud kalau bukan si Lebai Tua Hadi Awang ni?? Pada aku si lebai tua ni tak lebih daripada menjadi ayatollah kepada PAS hingga penyokongnya begitu taksub dan rela disesatkan dengan ajaran SESAT dia tu. - Nordin Kcd

Inilah pemimpin yang bercelaru otaknya dan tiada pendirian,Hardy juga tiada track record Yang baik dalam mentakbir Negeri,pagi cakap lain petang pula cakap lain.Dia jauh lebih nyayuk dari Tun Dr.Mahathir Muhammad. - Shafiek Abdat

Alhamdulillah setelah bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW dan berjumpa Almarhum TGNA dlm keadaan kaki sebelah takda(kononnyer) maka lebai Hadi tak lagi mengKAFIRkan UMNO. - Shahizah Amera

Mimpi lagi lebai Hadi ni.Dulu masa amanat dia berpuluh tahun mengkafirkan org UMNO dia dah lupa gitu je.Sampai org mati di Memali. - Zeez Aziz 

Haha lidah bercabang. Macam tu ka ulamak. Hari ni dah tersepit baru nak cakap. Amanah hang dah jadi rekod. Tak boleh padam dahhhh. Lidah berbelit. - Abu Kamira


Penyokong2MO1 dan Hadi 
adalah seperti orang atheis...

Received this via WhatsApp. It is going viral. A philosophical sort of piece... 

Bagaimana orang Melayu yang mengaku beragama boleh mewajarkan sokongan mereka terhadap Pencuri? Adakah mereka masih buta atau ragu-ragu terhadap bukti-bukti jelas yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang pencuri yang terbesar di dunia pada hari ini? Adakah agama mereka mengajar umat memilih seorang pencuri sebagai pemimpin dan tidak mengapa untuk bersubahat dengannya?

Jangan terkelabu dengan keadaan di mana MO1 tidak didakwa di mahkamah sebagai alasan untuk berkata bahawa dia tidak bersalah dari jenayah mencuri. Duit RM2.6 billion yang dicuri olehnya dari 1MDB telah sahih masuk ke dalam akaun peribadinya. Bukti ini sudah jelas. Malah pencuri MO1 pun terpaksa mengaku tentang perkara ini walaupun pada awalnya dia menafikannya. Jangan pula kita berpura-pura tidak tahu tentang ini dan meletakkan sikap berbaik sangka di tempat yang salah alamatnya.

Si Pencuri terlepas dari dakwaan jenayah ini tidak lain hanya kerana P__uam Negara (PN) dan Ketua P___s Negara  telah bersubahat dengan kemungkaran ini. Semua orang yang celik dan waras tahu bahawa PN dan KPN telah menutup bukti-bukti yang boleh mensabitkan kesalahan jenayah MO1. Namun tiada siapa boleh menutup bangkai gajah yang terlalu besar ini dan bau pekungnya yang menusuk hidung.

Masalahnya ialah terdapat ramai orang Melayu masih tidak takut kepada Tuhan dan tidak yakin terhadap Hari Pertemuan denganNya di akhirat kelak. Janji Tuhan tentang Hari Pengadilan mungkin dirasakan hanya sebagai sebuah cerita dongeng. Jangankan penyokong tegar Umno yang ambil sikap begini, ahli Pas pun dua kali lima juga.

Ini kerana Pas di bawah pimpinan Hadi Awang secara terang-terang adalah sekutu kepada MO1 dan Umno. Mereka bertanding di banyak kerusi Parlimen dan ADUN bukan untuk menang. Sebaliknya kerana mahu pecahkan undi orang Melayu supaya undi yang akan diberi kepada calun-calun Pakatan Harapan (PH) tidak cukup untuk mengalahkan Umno. 

Video Hadi memberi ceramah secara terbuka tentang kerjasama Pas dengan Umno untuk membentuk sebuah kerajaan bersama sudah lama tular. Tonton video berikut...


Di bahagian manakah dalam ajaran agamanya yang Hadi ambil sebagai sandaran untuk mewajarkan orang Melayu bersekongkol dengan seorang pencuri khazanah rakyat yang termahsyur di dunia sekarang? Agama jenis apakah sebenarnya yang dibawa oleh Hadi dan Pas?

Persoalan yang paling dasar sekarang ialah bagaimana orang Melayu boleh menutup mata mengenepikan tanda-tanda dan bukti-bukti jelas dan sahih bahawa MO1 adalah seorang pencuri? Perbuatan ini tidak ubah seperti sikap Atheis yang menolak kewujudan Tuhan!

Seperti semua orang lain, orang-orang yang berfahaman Atheis juga melihat berbagai tanda-tanda kebesaran Tuhan yang terpampang di alam semesta ini. Tetapi pada masa yang sama, mereka menolak kewujudan Tuhannya. 

Ini berlaku kerana otak dan jiwa mereka sakit, lalu mereka jadi degil tidak mahu mengaku bahawa Tuhan itu ujud. Bagi mereka, selagi Tuhan tidak kelihatan dengan mata kepala mereka sendiri, selagi itulah mereka akan tetap menolak kewujudan Tuhan. Mata hati mereka buta sehingga mereka bertindak songsang terhadap fitrah manusia yang dicipta dengan keinginan semulajadi untuk menyembah Tuhan kepada segala-gala yang terdapat di alam semesta ini.

Begitulah juga dengan sikap penyokong-penyokong Pencuri MO1. Tanda-tanda yang menjadi bukti kukuh bahawa dia telah mencuri berbillion-billion ringgit wang rakyat amat jelas dan ketara. Tetapi mereka memberi alasan bahawa selagi MO1 tidak didakwa di mahkamah dan tidak didapati bersalah, maka mereka tidak percaya bahawa MO1 telah mencuri. 


Padahal bukti wang sebanyak RM2.6 billion yang masuk ke dalam akaun peribadi MO1 telah jelas terpampang dan diketahui oleh seluruh dunia. Satu-satunya sebab mengapa dia tidak didakwa di mahkmah atas kesalahan ini hanyalah kerana PN dan KPN telah bersubahat untuk membuang kes ini tanpa sebab yang munasabah. 

Jadi apakah bezanya sekarang di antara penyokong-penyokong pencuri MO1 dengan Atheis dari segi cara pemikiran mereka? Jelas bahawa mereka mempunyai persamaan mengenai betapa sakit dan rosak jiwa dan mental mereka kerana sanggup menolak kebenaran yang nyata.

Adakah mereka ingin kembali kepada Tuhan dalam keadaan fitrah mereka yang kotor sebegini? Tidakkah mereka telah lakukan satu penghinaan dan kekufuran besar terhadap nikmat akal yang Tuhan telah kurniakan kepada manusia? 

Dan yang lebih malang lagi ialah Hadi dan Pas semakin menambah kepada kesesatan ini melalui tindakan mereka mengajak kita berkerjasama untuk mengekalkan seorang pencuri.


Agama sesat yang mereka bawa hanya sekadar untuk duduk dilabel. Tetapi dari segi menjadikannya sebuah agama fitrah yang indah mempraktikkan nilai-nilai sejagat yang luhur hingga ia menjadi tarikan bagi seluruh umat manusia terpikat untuk ingin mendampinginya, Hadi dan Pas telah gagal dengan sebesar-besarnya.


Agama tidak sepatutnya dijadikan hanya sekadar laungan retorik, slogan dan label yang membingungkan rakyat sehingga mereka naik menyampah kepada agama. Sebaliknya, ukuran kejayaan agama yang sebenar ialah apabila berbondong-bondong rakyat di negara kita memeluk agama kita secara sukarela.

Yang pasti ialah apabila orang Melayu tetap menyokong seorang pencuri untuk dikekalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia, kewibawaan dan kesucian agama sudah tercemar dari perspektif orang-orang bukan Islam kerana ia gagal memanifestasikan hakikatnya sebagai agama yang benar dan adil.

Islam di Malaysia kini kelihatan bagaikan sebuah agama kartun yang tidak layak dianuti oleh orang-orang yang waras. 

Orang yang tidak beragama pun tahu bahawa adalah sesuatu yang tidak masuk akal bagi orang yang berfikiran waras, dan lebih-lebih lagi jika ia beragama, untuk memilih seorang pencuri supaya dikekalkan sebagai ketua negara secara sukarela melalui kaedah demokrasi. Tetapi agama yang dipraktikkan di Malaysia melanggar nilai kemanusiaan yang paling asas ini. Lalu bagaimanakah kebenaran agama hendak dipertahankan jika begini cara agama dipraktikkan?

Dalam konteks yang sedang dibicarakan sekarang, mungkin semua penyokong-penyokong Pencuri MO1 bukan Atheis dalam ertikata menolak kewujudan Tuhan. Tetapi yang tidak boleh dinafikan ialah cara pemikiran dan sikap mereka saling tidak tumpah seperti orang Atheis yang kufur terhadap nikmat akal yang Tuhan kurniakan kepadanya. - tok misai



Even my friends now refused 
to lend their aircraft...

1. The Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) and Vista Jet have refuted my accusations that there was sabotage involved when the plane I was going to fly to Langkawi had problems with its front wheel.

2. But they admit there was some leakage of fluid from the front wheel which means that the front wheel cannot steer the plane.

3. This is a very serious thing, because it may result in the plane going off track when taking off or landing. But fortunately, the pilot discovered the leak before the plane took off, and told me that he cannot fly in that condition.

4. He told me he would try to repair it but after some time, he said that it cannot be repaired.

5. The statement that another plane was offered is sheer nonsense, because after I found the plane could not fly, we tried to borrow from friends with private aircraft.

6. I contacted three friends. Normally they would lend me their aircraft. But this time they refused to lend their aircraft, and one of them indicated that he is under pressure not to lend me his aircraft.

7. I also read that the plane was my private jet. That is also a lie. I do not have RM2.6 billion in my account to spend on a private jet or a yacht.

8. Neither did the CAAM do anything nor did it provide any alternative plane.

9. So combining the two facts – that the plane is damaged and cannot fly and I cannot get my friends to lend me their plane – it is logical to believe that there is a deliberate attempt to stop me from going to Langkawi. If I had wasted more time I might not have been able to be nominated on the 28th of April.

10. Fortunately, a friend had chartered a plane to go to Singapore. I persuaded him to let the plane take me to Langkawi. That’s how I got a plane to Langkawi without any help at all from CAAM.

11. I have flown thousands of times in private jets; there has never been any serious incident that forced the plane to be grounded. This is the first time I have to experience damage to the front wheel of the airplane. At other times engine may not be functioning well, and they could be repaired in time, but this damage to the front wheel of the plane is very serious damage.

12. And it could have stopped me from flying to Langkawi. That this should happen on this occasion is very significant. I’ve been flying in the same leased plane from the same charter company many, many times. I never had any problem.

13. But I am aware that one of the ways for BN to stop Pakatan Harapan to win the election is by stopping people from being named as candidates. There are other attempts of course, where several of the Pakatan Harapan candidates could not be registered or nominated as candidates.

14. For example not having the Election Commission pass, which is not necessary at all. I have never used the pass before and it is enough for you to show a blue Identity Card for you to be nominated and named as a candidate.

15. But obviously, there were deliberate attempts to stop an opposition candidate from being nominated so that the Negeri Sembilan Menteri Besar wins uncontested.

16. And there’s the ease of Tian Chua (Pakatan Harapan’s candidate for the Batu parliamentary seat) who has every right to be named as a candidate but again, on a flimsy reason was unable to be nominated.

17. When this happened to me and my plane tampered with, to me it is a very serious matter. The denial by the CAAM is not the result of a proper investigation. It is just a denial to say that what I’ve said is not true. I’m not accusing the CAAM of doing anything wrong. I know the CAAM does not have a very tight security all over the country to ensure that planes are not tampered with.

18. That is a very big job to the CAAM, but we are dealing with a government party which is known to use all kinds of tricks in order to win the election. And one of the tricks, of course, is to stop me from being nominated, and especially me, because I happened to be the leader of the opposition, and if I am not nominated as a candidate, this will have a negative effect on Pakatan Harapan.

19. So I maintain my belief that the plane was deliberately tampered with to stop me from going to Langkawi. - chedet
Sidang Media - Tarikh:02.05.2018 Jam:1.30 Ptg.
Kandungan...

- Arulkanda kata 1MDB disiasat satu fitnah.
- Saman Khairy Jamaluddin isu halang calon PH di Rembau. 
- Tuduhan TS Shahrir Samad PH musnahkan institusi Melayu. 



Potong gambaq Dr.M tak patut...
Story kat SINI dan SINI  

Kalu menang pasai apa bicara mula April 2019?


No automatic alt text available.
Image may contain: 4 people, people smiling

cheers.


Subscribe to receive free email updates: