AHLI PKR KELUAR PARTI & MAHATHIR TUNGGANGAN DAP ! infomalay12.blogspot.com






Pakatan Harapan pecah dan bergelora.

Ketua AMK Pulau Pinang, Asrol Sani Abd Razak telah mengumum keluar parti hari ini. Beliau mendedahkan kepimpinan PKR negeri menjadi kuda tunggangan parti lain di dalam Pakatan Harapan sehingga menyingkirkan keputusan akar umbi parti.

"Saya marah kepada Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman yang terlalu mengikut jari telunjuk parti lain terutama DAP.

"Kami di akar umbi terutamanya golongan belia sememangnya kecewa dengan pimpinan negeri yang ternyata sudah lari dengan perjuangan sebenar pengasas sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

"Ahli di peringkat akar umbi dianggap lebih daripada anak tiri dan mereka 'pimpinan' terlalu takut dengan parti lain di dalam pakatan.

"PKR parti yang kuat dan di Pulau Pinang, kita merupakan kerajaan bersama dan bukan pengikut," katanya pada Sidang Media di Teluk Air Tawar.

Beliau memberi contoh kerusi DUN Bertam yang diberikan kepada parti Mahathir padahal kerusi itu untuk PKR.

Asrol keluar parti bersama lebih 100 ahli PKR dari Bagan, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Kepala Batas dan Tasik Gelugor dan akan ada ramai lagi yang akan mengambil keputusan keluar parti PKR.

Walau pun sudah banyak kali dinyatakan oleh penulis dan banyak lagi pihak sebelum ini, keputusan Asrol Sani mengukuhkan lagi berita bahawa parti chauvinis DAP adalah parti dominan yang amat berkuasa di dalam pakatan pembangkang. 

Kita juga tidak lupa dengan kenyataan Mansor Osman telah mendedahkan perangai buruk 'tokong' DAP. Di antaranya ialah arrogant, bongkak dan sombong.


Dan setelah berulangkali menafikannya termasuk Dr Mahathir Mohamad sendiri, DAP telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa Mahathir Mohamad dipergunakan untuk menarik sokongan Melayu.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh P. Ramasamy DAP, Timbalan Menteri II semasa berceramah di Seberang Perai, Pulau Pinang.

“Mahathir memerintah sebagai Perdana Menteri 22 tahun, kita semua orang tidak suka Mahathir pada masa itu, sekarang tiba-tiba dia sudah datang Pakatan Harapan, dia kata dia tidak mahu Najib, dia tidak mahu UMNO, dia tidak mahu Barisan Nasional.

“Kenapa kita terima Mahathir? Bukan kita lupakan Mahathir apa dia buat dahulu, dahulu dia jahat. Orang kata macam mana terima Mahathir? Bukan kita lupakan apa Mahathir buat dahulu. Saya pun tak boleh lupakan” katanya.

“Bukan kita sudah lupakan apa dia sudah buat dahulu, kita pilih Mahathir untuk tarik orang Melayu ke pakatan harapan,”  tambahnya lagi.

Bagi DAP, Mahathir adalah orang jahat dan mereka tidak melupakan 'kejahatan' yang dilakukan oleh beliau sebelum ini. Begitu rendah sekali maruah Mahathir di mata parti DAP.


2 perkara penting di atas sepatutnya menyedarkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong pembangkang terutamanya kaum Melayu tentang betapa rakus parti chauvinis DAP.

Menyokong calon-calon Pakatan Harapan pada PRU14 nanti akan menyebabkan parti DAP bertambah berkuasa dan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan hanya sekadar mengikut jari telunjuk parti DAP. Kerana itu, Pakatan Harapan mesti ditolak oleh pengundi-pengundi pada PRU14 ini.

Sumber




Subscribe to receive free email updates: