[Video Mat Sabu: 'Tak boleh diterima!' & Nurul Izzah: 'Kami ada plan B'] Mimpi panduan peribadi, kata Mufti Pulau Pinang. infomalay12.blogspot.com

Isnin, 30 April 2018


Mimpi panduan peribadi, kata Mufti Pulau Pinang

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata mimpi boleh dijadikan asas kepada panduan peribadi dan bukan untuk panduan umum, kata beliau kepada Malaysiakini hari ini.
"Apa lagi untuk menetapkan hukum syarak yang baru atau untuk menokok tambah kepada syariat Islam kerana agama Islam telah sempurna sebelum baginda Rasulullah SAW wafat lagi berdasarkan ayat 3, Surah al Maidah," katanya menjelaskan secara umum mengenai hukum menjadikan mimpi sebagai panduan hidup.
Tambah Dr Wan Salim, para ulama memberikan pelbagai pandangan mengenai isu bermimpi melihat Nabi SAW berdasarkan hadis, "Barangsiapa yang bermimpi melihatku maka sesungguhnya dia telah melihatku (yang sebenar) atau dia pasti akan melihatku.
Sesungguhnya syaitan tidak mampu menyerupai rupa bentukku."
Sifat dalam kitab sirah Nabi
Katanya, ada ulama berpendapat bahawa yang dilihat dalam mimpi itu mesti berbetulan dengan sifat fizikal baginda Nabi yang sebenar sepertimana yang dijelaskan di dalam kitab-kitab sirah baginda.
"Ada pula (ulama) yang berpendapat bahawa maksud hadis itu adalah ditujukan kepada orang-orang yang hidup pada zaman baginda tetapi belum pernah melihat baginda. Jadi hadis ini memberi jaminan bahawa orang yang bermimpi itu pasti akan melihat baginda bila-bila nanti.
"Ada pula yang menyatakan ini jaminan bagi sesiapa yang bermimpi melihat baginda akan melihat baginda pada hari kiamat nanti," tambah beliau.
Sementara itu, tambah beliau, ada pula pandangan menyatakan bahawa hadis ini hanya khusus bagi orang yang hidup pada zaman baginda sahaja kerana mereka tahu sifat fizikal baginda yang sebenarnya.
Mimpi Hadi, kunjungan ke Tehran
Sejak kelmarin, tular berita mengenai Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang bermimpi melihat bekas Mursyidul Am PAS yang berjalan dalam keadaan kaki sebelah. Hal ini didedahkan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam satu ceramahnya baru-baru ini.
Menyusul sesudah itu, laporan mengenai Abdul Hadi yang didakwa kerap bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW. Hal itu didedahkan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin malam tadi.
Menurut Hashim beliau pernah berbual mengenai pengalaman bermimpi bertemu Rasulullah itu dalam pertemuan empat mata bersama Abdul Hadi.
“Dia pergi ke Tehran dulu pun ada kaitan dengan arahan yang dia dapat melalui mimpi. Itu benda biasa. Bukan semua orang (boleh) mimpi bertemu Rasulullah... bukan semua orang, sedikit sahaja yang boleh mimpi bertemu Rasulullah," katanya lagi.
Isu mimpi Abdul Hadi mula menjadi perhatian ramai apabila Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendedahkan perkara itu kelmarin.
Untuk rekod, Abdul Hadi Awang adalah Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, menjawat kedudukan kedua selepas Dr Yusuf Al-Qaradawi.
Beliau pernah ditegur Dr Yusuf Al-Qaradawi kerana menghadiri pertemuan dengan ulama Syiah di Tehran dalam keadaan beliau masih menjawat jawatan dalam badan ulama antarabangsa itu.
Sehubungan itu, Abdul Hadi berkata beliau rela melepaskan jawatannya ekoran teguran tersebut.
Menyentuh isu mimpi bertemu nabi itu, kata Hashim, beliau tahu mengenai hal berkenaan selepas berbicara secara dekat (tertutup) dengan Abdul Hadi sebelum ini.
Bagaimanapun kata Hashim, Abdul Hadi sangat jarang menceritakan mimpi yang dialaminya kepada orang ramai dan pengalaman dalam tidur bertemu dengan Nabi Muhammad SAW itu biasanya berlaku sebelum ada sesuatu kejadian besar berlaku.
MD.

Subscribe to receive free email updates: