Tahun 1998, Anwar Ibrahim menggunakan tektik hendak dibunuh untuk menaikkan simpati orang ramai. Daripada suntikan racun arsenik sehinggalah melarikan diri ke Kedutaan Turki untuk mengelakkan diri dibunuh, siapa yang ada pada masa itu layanlah drama Anwar Ibrahim ini.
Kini 2018, skrip yang sama digunakan oleh calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir untuk mendapatkan simpati selepas parti PPBM beliau ditalqinkan semalam langsung tidak mendapat simpati orang ramai. Semakin teruk kena troll adalah.
Cukup-cukuplah Tun Dr Mahathir untuk membuat fitnah. Tidak ada siapalah yang hendak mengugut atau membunuh Tun Dr Mahathir. Tak ada maknanya. Umur sudah 92 tahun, kejap atau lambat, Insha Allah kita semua akan mendapat panggilanNya. Dalam usia Tun Dr Mahathir, bukan hendak cakap besar, silap sikit sahaja, Institut Jantung Negara (IJN) sudah menanti.
Untuk rekod, Tun Dr Mahathir dimasukkan ke wad IJN sebanyak 47 kali dalam tempoh 39 bulan lalu. Tahap kesihatan Tun Dr Mahathir sangat membimbangkan sejak tahun 2015 dengan kekerapan menerima rawatan sebanyak 12 kali, 2016 (25 kali), 2017 (6 kali) dan 2018 (4 kali). Jadi tidak logik ada sesiapa ada hasrat untuk membunuh Tun Dr Mahathir.