The Loaf Tutup - Jawapan Terbaru Mahathir Mengecutkan & Isu Proksi £65 Juta ! infomalay12.blogspot.com

Semua sudah tahu bahawa kedai roti premium, The Loaf, milik Dr Mahathir Mohamed telah ditutup selepas 12 tahun beroperasi.



Untuk rekod, The Loaf diuruskan oleh M&M Consolidated Sdn Bhd, usaha sama di antara Dr Mahathir dan Motoko Resources Sdn Bhd. Mahathir memiliki 51 peratus kepentingan dalam syarikat tersebut.


Walau pun jelas terbukti, Dr Mahathir Mohamad masih lagi mahu menafikan memiliki saham dalam kedai roti The Loaf.

Turut menjadi perbualan ialah Mahathit mendakwa beliau hanya memiliki 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Padahal, media melaporkan beliau mempunyai saham di hotel 5 bintang dan syarikat aviasi.

TERBARU, Mahathir berkata,
Saya tidak mendapat pembeli…dan saya juga tidak mampu menampung kerugian, jadi saya terpaksa menutupnya,” katanya lapor akhbar The Straits Times Singapura.
Logiknya, jika Mahathir bukan pemilik The Loaf, kenapa beliau yang 'terpaksa menutupnya'?

Kenapa Mahathir yang perlu menanggung kerugian The Loaf?

Kenapa Mahathir berbohong tentang isu The Loaf?

Mahathir mungkin masih dengan dunianya padahal di era IT ini, kita boleh mendapatkan semula bukti-bukti yang diperlukan. Berbohong bukan caranya, malah ianya akan menimbulkan pelbagai persepsi.

Apakah Mahathir malu untuk mengaku kerana beliau tahu akan dipersoalkan kredibilitinya?

Mahu tadbir negara tapi gagal nak jaga kedai roti.

Begitu juga dengan pembohongannya tentang kepentingan dan saham yang beliau miliki.

Dan jika perkara mudah ini pun sanggup berbohong, bagaimana rakyat mahu mempercayai beliau dan pakatan pembangkang?

Bagaimana pula dengan dakwaan bekas pegawai khas kepada Menteri Kewangan II, Saiful Bahari Baharom yang menceritakan kisah bagaimana arwah bapanya pernah ‘simpan’ wang berjumlah £65 juta milik Mahathir Mohamad?
“Ia adalah sebuah bank di London. Jumlah wang di dalam akaun itu adalah £65 juta. Arwah pesan kepada saya bahawa duit tersebut bukanlah miliknya tetapi milik Mahathir,” sambung Saiful lagi.

Baca seterusnya: https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/bekas-pegawai-khas-dedah-tun-m-pernah-terima-65-juta/
Mahathir perlu tampil ke hadapan dan menjawab laporan tersebut.



Sumber

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/04/15/dr-m-jual-the-loaf-boleh-dapat-dana-pilihan-raya/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/04/14/see-to-rekod-ssm-lapor-dr-m-ada-saham-di-pemilik-the-loaf/

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :