Siapakah Yang Sponsor Kempen Pilihanraya Mahathir & Pakatan Harapan? infomalay12.blogspot.com

Siapakah yang sponsor kempen pilihanraya Dr Mahathir dan Pakatan Harapan (PH) ?


Inilah persoalannya apabila kita merujuk kepada kenyataan Mokhzani Mahathir yang disiarkan oleh The Edge Markets.

Anak kedua Mahathir, yang ikut serta berkempen di Langkawi bersama ibubapanya mendakwa bahawa BN telah melupakan hari-hari ketika parti itu ‘mencari bantuan untuk membiayai kempen parti tersebut’.

"Pada masa itu, mereka tahu bagaimana untuk meminta bantuan saya dan saya membantu mereka tetapi kini mereka telah melupakannya," katanya.

Mokhzani mungkin lupa bahawa ketika beliau ‘membantu BN’, bapanya adalah Perdana Menteri atau pun masih aktif dalam politik walau pun sudah bersara.

Ironinya,
a. Apakah parti UMNO/BN tidak mempunyai sebarang jasa walau secuit pun hingga membolehkan Mokhzani berstatus antara 50 orang terkaya di Malaysia dengan nilai bersih US $ 380 juta?
b. Jika ada, kenapakah Mokhzani hanya mengungkit sumbangan beliau sahaja tanpa mengatakan jasa UMNO/BN kepada beliau?
Jika ada, nanti akan ada pihak yang akan melabel beliau sebagai orang yang tidak mengenang budi dan sebagainya.

Dan apabila ditanya, Mokhzani enggan pula mengulas sama ada beliau membiayai kempen pilihanraya PH.

Logiknya, jika sebelum ini ada pembiayaan daripada beliau, kali ini berkemungkinan ada juga pembiayaan beliau tetapi kepada pakatan pembangkang?

Dan siapa pula yang membiayai kempen parti DAP? Pemaju-pemaju tanah? Yahudi?

Setelah 2 tahun, Kit Siang jelas berbohong kononnya 'peguam DAP akan mulakan prosiding dalam satu atau dua hari lagi tentang isu parti cauvinis DAP ditawarkan dana sebanyak USD300 juta oleh Israel untuk PRU13 dan juga pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategik'. Kenyataan beliau itu adalah pada 2 Januari 2016.

Untuk rekod, pada bulam Mac, majalah Forbes mengatakan bahawa Mokhzani adalah di antara 50 orang terkaya di Malaysia dengan nilai bersih US $ 380 juta.

The Edge Markets pula melaporkan Mokhzani mempunyai kepentingan di Sapura Energy. Pada bulan November tahun lepas, Mokhzani yang menjadi pemegang saham utama dalam syarikat minyak dan gas Khasera Baru Ltd, telah menjual 387.97 juta saham bernilai RM577.46 juta, meninggalkan kepentingan hanya 220.03 juta saham atau 3.67% di dalam firma tersebut.

Syarikat pengurusan aset persendirian miliknya, Kencana Capital Sdn Bhd masih memegang 0.08% dan 0.16% lagi kepentingan ekuiti dalam Sapura Energy, dan 0.16% kepentingan ekuiti.

Mokhzani Mahathir boleh mengabaikan komen pemimpin Barisan Nasional (BN) mengenai kekayaannya semasa kempen pilihan raya ke-14 tetapi rakyat turut mempersoalkan kekayaan beliau dan keluarga Mahathir Mohamad.

Malah, pemimpin-pemimpin pembangkanglah yang paling banyak dan kerap membangkitkan isu ini. Ada yang melabelkan Mahathir sebagai kepala perompak, hantu nombor 1 Malaysia, keluarga kaya raya, kronisme melampau dan merompak bilion ringgit wang rakyat. Gelaran ini diberikan oleh Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Mat Sabu dan juga puak DAP.


Media juga elah melaporkan kecaman Kit Siang kepada Mahathir iaitu:
"Kesan buruk Mahathirisme yang lain, biar saya (Kit Siang) senaraikan antara yang paling ketara,
a. Terjejasnya kebebasan badan kehakiman dan prinsip kedaulatan undang-undang.
b. Merosotnya keyakinan pihak di dalam dan luar negeri terhadap kecekapan, mutu profesionalisme dan integriti institusi-institusi negara yang utama.
c. Kemerosotan sistem pendidikan yang dulunya bertaraf antarabangsa – di peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi; dan
d. Berleluasanya korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa di jabatan politik tertinggi.
Maka, apabila puak pembangkang beria-ia bekerjasama dengan 'kepala perompak' yang mereka sendiri gelarkan, rakyat Malaysia terutamanya penyokong DAP telah ditipu bulat-bulat oleh mereka.

Rakyat sudah muak dengan putar belit dan pembohongan pembangkang serta akan menolak PH pada PRU14 nanti.



Sumber

https://www.theedgemarkets.com/article/its-election-talk-says-mokhzani-comments-about-his-wealth

http://www.utusan.com.my/rencana/kit-siang-kecam-mahathirisme-muhyiddin-paling-teruk-1.375593

Subscribe to receive free email updates: