Projek CSR Dan ECRL Akan Membantu Pembangunan Ekonomi Bentong Dan Pantai Timur infomalay12.blogspot.com


Projek pengangkutan seperti Central Spine Road dan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) akan membawa pembangunan ekonomi kepada Bentong dan keseluruhan Pantai Timur. Kerjasama dan semangat bersatu-padu rakyat akan pastikan kestabilan dan pembangunan Bentong.

Calon Barisan Nasional (BN) Bentong, DS Liow Tiong Lai berkata, selain kelebihan terletak berhampiran Ibu Negara, pelbagai usaha berterusan oleh kerajaan bakal merealisasikan hasrat menjadikan daerah ber­kenaan sebagai Bandar Satelit.

Menurut DS Liow, Dengan ada­nya sokongan Per­­dana Mente­ri, Bentong dapat laksanakan impian untuk membina landasan kereta api yang menghubungkan Bentong ke Kuantan dan juga Kuala Lumpur sekali gus melonjakkan kemajuan Ben­tong.

Beliau menambah selain kedudukan yang strategik, Bentong juga mempunyai tanah yang subur dan alam semulajadi yang masih terpelihara. Tambahnya, kehidupan ma­syarakat berbilang kaum yang aman dan harmoni sejak sekian lama menjadikan daerah itu amat sesuai didiami.


Subscribe to receive free email updates: