Peristiwa pertanyaan di bawah berlaku du Dewan Rakyat pada 09/05/2008. Semua watak di dalam perbualan ini masih hidup dan watak utama sudahpun mencecah 92 tahun. Berikut adalah pertanyaan Lim Kit Siang kepada DS Mukhriz Mahathir:
Adakah yg berhormat dari Jerlun (Mukhriz) bersetuju, bahawa masalah rasuah bermula dalam masa Tun Dr Mahathir?
Masa itu pentadbiran Dr Mahathir disamakan dengan KKN, tahukah yang berhormat Jerlun apa itu KKN? Pentadbiran Suharto pun dikenali di antarabangsa dengan KKN! Tahukah Yang Berhormat Jerlun apa itu KKN? Taukah? Mau (saya) bagitau apa KKN?
K yang pertama- Kronisme
K yang kedua - Korupsi
dan N- Nepotisme
Adakah Yang Berhormat Jerlun setuju bahawa di bawah pentadbiran Tun Mahathir, Malaysia mahsyur di dunia dengan KKN?
Adakah yang Berhormat Jerlun setuju bahawa bekas Perdana Menteri pun patut di dakwa oleh kerana korupsi, oleh menyalahgunaan yang mengakibatkan pemecatan kuasa Tun Salleh Abbas sebagai Lord Presiden?
Bukankah ini lebih jelas bahawa masa itu PM pada tahun 1988 ada menyalahguna kuasa beliau untuk mencetuskan satu krisis yang saya sifatkan Mother Of All Judicial Crisis dengan pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Lord President dengan dua hakim Supreme Court.
Mau jawab perkara ini? Apakah penjelasan bagi perkara ini? Berani menjawab bagi (pihak) bapa beliau?Itu dulu. Pertanyaan pada tahun 2008. Tahun 2018 apa jadi? Lim Kit Siang sudah lupa. Mukhriz Mahathir sudah lupa. Tun Dr Mahathir? Apa yang dia ingat?