Niat kahwin dihalang, suami tetak isteri dan anak infomalay12.blogspot.com

Sinar, 6 April 2018

Niat kahwin dihalang, suami tetak isteri dan anak
Gambar hiasan
LATEHAR - INDIA. Seorang lelaki menetak mati isteri dan anak gadisnya selepas mangsa menghalang niatnya untuk berkahwin lain dalam kejadian di negeri Jharkhand, semalam.
Kata polis, bapa kepada empat orang anak itu kemudian bertindak membunuh diri dengan meminum racun.

Israfil Ansari didakwa telah menjalin hubungan dengan seorang wanita selama setahun dan bercadang menikahi wanita terbabit bulan ini.
"Hubungan suspek dengan isterinya, Samina Begum dan anak gadisnya yang berusia 19 tahun, Aasma semakin keruh selepas mereka mengetahui suspek ada hubungan dengan wanita lain," kata jurucakap polis, Ramesh Kumar Singh.

Lapor media tempatan, berita kematian tiga beranak terbabit tersebar awal pagi semalam dan penduduk kampung yang berkumpul di rumah suspek bertindak menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian bunuh dan bunuh diri tersebut.

Tambah Ramesh, kejadian itu disaksikan seorang anak perempuan suspek yang kebetulan berada di bilik semasa pembunuhan tersebut berlaku.

"Dia memaklumkan kepada polis bahawa bapanya menetak ibu dan kakaknya dengan kapak.
"Selepas melakukan pembunuhan itu, bapanya melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.
"Dia ditemui mati oleh penduduk kampung selepas meminum racun," kata Ramesh.

Difahamkan, Israfil sering memukul isteri dan anak-anaknya setiap kali mereka bertengkar.
Kemuncak kemarahan suspek berlaku selepas isteri dan anak sulungnya membantah keputusannya untuk beristeri dua. - NDTV

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :