Netanyahu puji tentera selepas bunuh penduduk Palestin infomalay12.blogspot.com

Netanyahu puji tentera selepas bunuh penduduk Palestin
Netanyahu memuji tenteranya sehari selepas 16 penduduk Palestin ditembak mati di pagar sempadan Gaza-Israel.
 
TEL AVIV - ISRAEL. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memuji anggota tentera yang terlibat dengan pembunuhan 16 penduduk Palestin.
Menurut Netanyahu, tentera telah melaksanakan tangggungjawab mereka untuk menjaga sempadan negara.

"Kerja yang bagus.Israel bertindak penuh semangat dan tekad untuk melindungi kedaulatan dan keamanan warganya," kata pemimpin yang dipalit isu rasuah itu, semalam.

Pertempuran yang berlaku berhampiran sempadan Gaza Jumaat lalu menyebabkan 16 penduduk Palestin maut dan lebih 1,400 lagi cedera dengan 758 daripadanya terkena tembakan manakala bakinya cedera akibat ditembak dengan peluru getah serta terhidu gas pemedih mata.

Tunjuk perasaan ini merupakan sebahagian daripada agenda rakyat Palestin yang telah memulakan 'Perarakan Kepulangan Besar-besaran' selama enam minggu di sepanjang sempadan Gaza-Israel.

Ia merupakan demonstrasi aman yang dianjur bagi menuntut hak untuk kembali semula ke tanah air mereka. - The Independent

Subscribe to receive free email updates: