Kerajaan negeri belanja RM213 juta empat tahun Azmin jadi MB infomalay12.blogspot.com

Mohamed Azmin Ali
Azmin menyerahkan cek kepada pengusaha salah sebuah SAR, pada program itu, semalam.
(Ubah saiz teks)
GOMBAK -  Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan kerajaan negeri telah membelanjakan RM213 juta untuk tujuan pembangunan termasuk menaiktaraf masjid dan surau di Selangor dalam tempoh empat tahun beliau memegang tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, peruntukan itu juga melibatkan kerja-kerja menyiapkanpembangunan empat masjid baru di Gombak (Masjid Zakaria), Gombak Utara (Masjid Taman Tun Teja), Rawang (Masjid Ukay Perdana) dan Hulu Kelang (Masjid Kampung Klang Gate).

"Pelaksanaan yang dibuat ini menunjukkan Kerajaan Negeri pada hari ini mengutamakan dasar dan kebijakan yang bersifat 'people-centric' atau peduli rakyat.

"Perkara ini penting bagi menjamin kualiti hidup yang lebih baik, bersatu padu dan harmoni bagi masa depan yang lebih sejahtera," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program ramah mesra bersama kira-kira 400 pengusaha SAR Selangor di Masjid Asy-Syakirin, di sini hari ini.

Pada masa sama, Adun Bukit Antarabangsa itu turut meminta rakyat di negeri ini menjunjung titah Sultan Selangor agar terus melakar kecemerlangan negeri selaras dengan gagasan membangun bangsa dan memakmur negeri sekaligus melonjakkan Selangor sebagai masa depan negara.

"Saya dan pimpinan Kerajaan Negeri juga bertekad untuk terus komited memartabatkan syiar Islam di negeri ini.

"Marilah kita membingkai muafakat yang utuh sebagai benteng mempertahankan kecemerlangan dan kemakmuran yang sedang kita nikmati hari ini," katanya.
Menurutnya lagi, para ilmuan agama dan warga pendidik institusi pendidikan Islam juga bertanggungjawab untuk bersama-sama tampil membawa pencerahan dan mesej keadilan dan kebenaran demi masa depan umat Islam yang berilmu dan cemerlang. Sinar

Subscribe to receive free email updates: