Sebuah rakaman video tular di media sosial menunjukkan seorang pelajar sekolah memakai baju sukan warna biru putih dan berseluar gelap sedang di buli oleh beberapa pelajar yang memakai uniform sekolah.
Dalam video berkenaan kelihatan pelajar tersebut telah dipukul, ditumbuk dan ditendang bertubi-tubi oleh kumpulan pelajar terbabit.
Kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di Nilai, Negeri Sembilan sekitar jam 10.30 pagi iaitu pada waktu rehat sekolah berkenaan.
Kejadian itu dipercayai berlaku di ruang laluan tingkat 3 sekolah berkenaan dan ia sangat bahaya kerana berkemungkinan pelajar itu boleh terjatuh ketika dipukul.
Kejadian buli itu turut ditonton beberapa pelajar yang memakai uniform seragam sekolah.
Dipercayai perbuatan mereka dirakam oleh salah seorang pelajar dan kumpulan pelajar yang membuli itu menyedari tindakan mereka dirakam. Editor:Anna