Home » Agama »
Artis »
Berita »
Film »
Hari ini »
Pesulap »
Politik »
Sosial »
Terbaru
» [Video PARLIMEN 2018: Kecoh! KETEGANGAN TERCETUS dalam Perbahasan RUU Berita Palsu & MP Umno MERAPU MERABAN lagi hari ini!] TAHNIAH MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM, 'Datin' Rozita dipenjara 8 tahun. infomalay12.blogspot.com
[Video PARLIMEN 2018: Kecoh! KETEGANGAN TERCETUS dalam Perbahasan RUU Berita Palsu & MP Umno MERAPU MERABAN lagi hari ini!] TAHNIAH MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM, 'Datin' Rozita dipenjara 8 tahun. infomalay12.blogspot.com
Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenepikan hukuman bon berkelakuan baik dengan jaminan RM20 ribu yang dikenakan terhadap seorang yang dipercayai bergelar Datin, Rozita Mohamad Ali oleh Mahkamah Syesen Petaling Jaya sebelum ini atas kes kesalahan mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia.
Sebaliknya, beliau hari ini dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun atas kesalahan tersebut.
Dalam waktu yang sama, mahkamah juga memerintahkan hukuman itu berkuatkuasa pada hari ini dan menolak perlaksanaannya ditangguhkan sehingga menunggu rayuan.
Keputusan ini berikutan Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan semakan kehakiman yang dibuat oleh pihak pendakwaan berhubung hukuman Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebelum ini.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda.
Hukuman bon berkelakuan baik yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebelum ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak, malah blog ini juga ada membangkitkan perkara yang sama dalam postingnya pada 17 Mac lalu.
Serentak dengan rasa tidak puas itu, sebuah petisyen yang mendesak hukuman berat dijatuhkan terhadap Datin berkenaan juga diwujudkan dalam talian dan telah mendapat sambutan hangat daripada pelbagai pihak yang cintakan keadilan.
Dengan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam ini, seluruh rakyat Malaysia tentunya berasa lega dan lapang dada bahawa sekurang-kurangnya keadilan telah ditegakkan dengan sewajarnya.
Tahniah kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Pesuruhjaya Kehakiman, Tun Abd Majid Tun Hamzah atas atas keputusan yang melegakan ini. (ShahbudinHusin 29/03/2018)