
Kata beliau, tarikh pembebasan itu boleh berubah jika Anwar didapati ada melakukan kesalahan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
Difahamkan antara kesalahan di bawah peraturan tersebut yang boleh menjejaskan tarikh pembebasan beliau ialah memberi kenyataan media tanpa kebenaran daripada Jabatan Penjara.
Sebelum ini Jabatan Penjara melalui Ketua Pengarahnya, Zulkifli Omar mengesahkan Anwar akan dibebaskan dari penjara pada 8 Jun 2018.

Kenapa sekarang tiba-tiba dikatakan tarikh pembebasan Anwar boleh berubah dan tidak semestinya pada 8 Jun?
Apa muslihatnya?
Adakah ini menandakan tarikh pilihanraya bakal dilewatkan sehingga selepas tarikh 8 Jun?