Sepanjang 22 tahun Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, sudah tiga kali persempadanan semula kawasan pilihanraya dilaksanakan iaitu pada tahun 1984, 1994 dan 2003. Persempadanan semula di buat di bawah Akta berdasarkan perkara 11(2)(ii).
Antara peruntukannya adalah kerana tempoh melebihi 8 tahun dan pertambahan penduduk di kawasan melebihi 100,000 orang. Persempadanan semula kawasan pilihanraya kali terakhir dibuat pada tahun 2003, selepas 15 tahun barulah cadangan dibuat persempadanan semula iaitu pada tahun 2018.
Hari ini, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu turun bersama-sama perdemo BERSIH untuk mendesak persempadanan semula dibatalkan dengan alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkonspirasi untuk memenangkan Barisan Nasional. Pembangkang (termasuk Tun Dr Mahathir) terlupa, SPR yang sama telah menangkan mereka di Pulau Pinang dan Selangor selama dua penggal sejak 2008.
Perhimpunan BERSIH kali ini langsung tidak dapat sambutan. Tidak sampai 500 orang hadir membantah Usul-Usul Mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Pilihanraya dan juga RUU Anti Berita Tidak Benar 2018 di Parlimen. Ramai wartawan dan jurugambar dari macai pendemo BERSIH. Kalau tidak percaya, lihatlah sendiri gambar-gambar dari atas yang diambil menggunakan 'drone'.