
Pengumuman itu dikatakan akan diadakan dalam satu majlis khas di PWTC yang akan turut dihadiri oleh semua 13 pemimpin kanan parti komponen BN.
Najib Razak selaku Pengerusi BN dijangka akan menyampaikan watikah kepada calon-calon yang telah dipilih untuk bertanding dalam majlis itu nanti.
Selain itu, pada 7 April pula iaitu lima hari selepas nama-nama calon diumumkan, BN juga akan melancarkan manifesto PRU 14 yang akan diadakan Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Ini menjadikan, buat pertama kalinya, di sebalik tarikh piliharaya belum ditentukan dan Parlimen belum dibubarkan, tetapi BN sudah lebih awal mengumumkan senarai calon dan membentangkan manifestonya.
Adakah kelainan ini, khususnya dengan begitu awal mengumumkan senarai calon, menunjukkan BN sudah tidak tentu arah dan terlalu gabra untuk memenangi pilihanraya akan datang?
Adakah pengumuman senarai calon yang terlalu awal, berbanding kebiasaannya kira-kira seminggu sebelum tarikh pengundian, mampu memberi kelebihan kepada BN?
Yang nyatanya, di sebalik Najib, UMNO dan BN dilihat begitu terdesak untuk memenangi pilihanraya dan mengekalkan kuasa berikutan skandal dan sokongan rakyat yang sentiasa berkurangan terhadapnya, pengumuman calon lebih awal ini akan mewujudkan dua keadaan yang bertentangan dan tidak menguntungkan.
Pertama, ini dengan sendirinya menjadikan mulai sekarang hingga tarikh 2 April depan adalah detik-detik pengampuan, pembodekan perlobian dan tikam belakang, malah mungkin hingga ke tahap perbomohan untuk mereka yang begitu teringin terpilih sebagai calon.
Mereka yang berbuat demikian bukan saja dari kalangan yang pertama kali mahu menjadi calon, malah juga yang sudah beberapa penggal bergelar Yang Berhormat.
Maka, tempoh sehingga tarikh 2 April iaitu bila mana nama-nama calon itu akan diumumkan - Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan lain-lain pemimpin yang ada pengaruh - adalah paling sibuk dikunjungi pagi dan petang, siang dan malam oleh mereka yang berhajat menjadi calon itu.
Read More / Baca Lagi >>