Ketika menyandang kerusi Menteri Besar Selangor pada 2014, DS Mohamed Azmin Ali telah meningkatkan peruntukan untuk ADUN Pakatan dari RM600k kepada RM700k setahun. Manakala ADUN Barisan Nasional (BN) pula mendapat RM200k setahun. Ini dilakukan oleh beliau untuk menaikkan imej kononnya sebagai Menteri Besar berjiwa Rakyat.
Pada Ogos tahun lalu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Mukhyi mengadakan Sidang Media dan mengesahkan akan bertanding sekurang-kurangnya 42 kerusi di Selangor termasuk di Kajang dan Bukit Antarabangsa yang disandang DS Wan Azizah dan DS Azmin Ali. Baca di sini.
Rentetan daripada itu, sejak awal Januari sehingga kini, ADUN PAS Selangor telah disekat peruntukan tahunan yang sepatutnya mereka terima. Azmi Ali mungkin terluo PAS masih sebahagian dari Kerajaan Negeri Selangor. TIndakan menyekat peruntukan ini adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima. Ini sangat keanak-anakan dan tidak matang.
Setakat ini, 9 Wakil Rakyat PAS Selangor didakwa terpaksa membelanjakan kira-kira sebanyak RM693 ribu wang sendiri untuk melaksanakan program bantuan di kawasan masing-masing kerana peruntukan diisekat Kerajaan Negeri. Baca di sini.
Bukan itu sahaja, malah kad program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), yang melayakkan ibu berpendapatan rendah menerima bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas, juga tidak diedarkan melalui Wakil Rakyat tertentu tetapi melalui Ketua Cabang PKR di kawasan mereka.
Kezaliman apakah yang dilakukan oleh Azmin Ali terhadap Ahli Keraan Negeri beliau sendiri? Apakah Azmin Ali belajar ini semua dari Ketua Menteri Rejim Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng?
Sebelum ini, Fuziah Salleh ada melaporkan beberapa ahli parlimen PKR bising kerana elaun ahli parlimen lambat dibayar oleh kerajaan. Baca di sini. Anehnya, mereka ini diam seribu bahasa apabila Azmin Ali menyekat terus peruntukan untuk ADUN PAS di Selangor.
Sebelum ini, Fuziah Salleh ada melaporkan beberapa ahli parlimen PKR bising kerana elaun ahli parlimen lambat dibayar oleh kerajaan. Baca di sini. Anehnya, mereka ini diam seribu bahasa apabila Azmin Ali menyekat terus peruntukan untuk ADUN PAS di Selangor.
Kesimpulannya, salah satu cara penyokong-penyokong PAS hendak mengajar Azmin Ali adalah jangan pangkah Azmin Ali di Gombak dan Bukit Antarabangsa. Majoriti dia menang sebelum ini bukanlah besar sangat pun. Azmin Ali tidak perlu bongkak. Kalau penyokong-penyokong PAS boikot, Azmin Ali pasti bungkus.