Pencacai pembangkang baru bangun dari tidur yang lena dan memutar cerita dakwa kapal yang ditahan di Indonesia ada hubung kait dengan 1MDB. Sudah dijelaskan beberapa kali sebelum ini bahawa Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB.
Kalau Jho Low beli kapal pun ianya bukan dengan duit 1MDB. Kalau Jho Low pakai duit beli kapal, itu antara Jho Low dengan Aabar dan International Petroleum Investment Company (IPIC), bukannya dengan 1MDB. 1MDB tidak pernah mendakwa kehilangan wang.
Kapal, lukisan dan kapal terbang yang ditahan tidak dibeli dengan duit 1MDB. Kebanyakan aset ini dibeli selepas 1MDB membayar Aabar dengan sejumlah wang kepada Pengerusi Aabar Abu Dhabi, Khadeem Al Qubasi dan CEO Aabar, Mohd Husseiny.
Di UAE, tiada satu pun pendakwaan jenayah dibuat terhadap dua orang ini. Kalau mereka bersalah sudah tentu ada pendakwaan terhadap dua orang ini. Tuduhan bahawa Jho Low beli aset guna duit 1MDB itu dibuat oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal sahaja tanpa bukti yang kukuh.
Pencacai pembangkang perlu semak dengan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat benarkah kapal Jho Low itu adalah dari duit IPIC. DOJ pun belum keluar kenyataan rasmi lagi tetapi Malaysiakini dan Sinar Harian dah melebih lebih ulas isu ini.
Cerita kapal Jho Low ditahan di Bali ini seakan ulang cerita sama pada Oktober tahun lepas bila kapal Equnimity itu berlabuh di Pulau Weh, utara Acheh.
DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri menyatakan pada waktu itu bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak dimaklumkan apa apa mengenai penahanan itu. Kali ini pun sama, yang terlebih tahu adalah Malaysiakini.
Arul Kanda pada 26/03/2016 menyatakan Jho Low tiada sebarang aktiviti di dalam syarikat, beliau tidak dibayar oleh syarikat dan tidak diberikan apa-apa tugas untuk syarikat.
DS Ahmad Husni Hanadziah, bekas Menteri Kewangan II dalam temubual dengan RTM1 pada Jun 2015 berkata, Jho Low atau nama sebenar Low Taek Jhow tidak mempunyai sebarang kaitan dengan 1MDB.
Arul Kanda sudah sahkan, DS Husni sudah sahkan, jawapan di parlimen sudah diberikan. Malah Public Accounts Committee (PAC) juga sudah jelaskan bahawa Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB. Wakil pembangkang pun ada dalam PAC.
Duit 1MDB tidak hilang dan tidak dicuri. Yang menuduh kata 1MDB dulu ada hutang sampai RM42 billion pun sudah diam. Yang tuduh kata projek TRX gagal pun sudah diam bila nampak bangunan itu lebih tinggi dari KLCC.
Cerita 1MDB ni suah 3 tahun kot. Tidak ada seorang pun yang berkaitan dengan 1MDB pernah di hadapkan ke mana-mana mahkamah di mana-mana ceruk dunia.
DOJ rampas kapalterbang Jho Low, lukisan-lukisan dan sekarang kapal layar beliau. Kalau 1MDB tidak hilang duit dan duitnya tak digunakan untuk membeli apa-apa jua, DOJ nak pulangkan kepada siapa? Sekarang pemilik sebenar kapal layar tu pun DoJ tak tahu.Macam mana dia nak ambil tindakan mahkamah?
Cerita 1MDB ni suah 3 tahun kot. Tidak ada seorang pun yang berkaitan dengan 1MDB pernah di hadapkan ke mana-mana mahkamah di mana-mana ceruk dunia.
DOJ rampas kapalterbang Jho Low, lukisan-lukisan dan sekarang kapal layar beliau. Kalau 1MDB tidak hilang duit dan duitnya tak digunakan untuk membeli apa-apa jua, DOJ nak pulangkan kepada siapa? Sekarang pemilik sebenar kapal layar tu pun DoJ tak tahu.Macam mana dia nak ambil tindakan mahkamah?
Kesimpulannya, kapal Jho Low kena sita atau kena rampas atau kena bakar, apa kaitan dengan Malaysia dan 1MDB? 1MDB sudah nyatakan syarikat tidak kehilangan duit. PAC pun sahkan 1MDB tidak hilang duit.
Yang kata hilang duit ni IPIC. Jadi elok tanya IPIC, ada kaitan tak dengan IPIC. Jika ada, kena tanya DOJ pula, mcm mana DOJ nak pulangkan semula duit kepada IPIC. Jangan jadi pencacai pembangkang yang bodoh.