Kepimpinan PAS sentiasa ‘memujuk hati’ mereka dengan mengatakan bahawa PAS masih kukuh dan kuat. Mereka merasakan bahawa ahli PAS masih setia kepada parti yang mereka perjuangkan.
Mereka yakin bahawa ahli PAS masih boleh ‘digula-gula’ dan berpegang kepada amalan lama yang ‘mendewakan’ pemimpin secara membabi-buta. Mungkin betul juga anggapan sedemikian untuk setengah ahli PAS yang masih berpegang teguh kepada ‘perjuangan’ PAS kini.
Suatu fenomena yang mungkin kepimpinan PAS di peringkat pusat tidak sedar ialah bahawa sudah ramai (dan berbondong-bondong) ahli PAS di kampung-kampung yang telah ‘lari’ meninggalkan PAS. Antara alasan yang diketengahkan mengapa mereka ‘sampai hati’ meninggalkan perjuanga asal mereka ialah bahawa ‘PAS sudah terpesong dan lari dari perjuangan asal’. Dan hujjah yang mereka kemukakan hanyalah setakat ‘‘PAS sudah terpesong dan lari dari perjuangan asal’. Noktah. Tidak ada huraian yang diberikan. Dan mungkin mereka tidak tahu untuk menghuraikannya.
Namun jika direnung dan ditilik tentulah tidak susah untuk menghujjahkan mengapa ramai ahli PAS meninggalkan parti ‘Tuan Guru Nik Aziz’ ini. Walaupun kepimpinan tertinggi PAS sering mengatakan bahawa mereka tidak langsung terlibat dengan kerjasama dengan UMNO, namaun ‘sekilas ikan di air sudah diketahui jantan betinanya’. ‘Senyuman’ dan ‘kerlingan’ kedua pemimpin PAS dan UMNO sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka sebenarnya sedang ‘berkasih sayang’ apatah lagi dengan berbagai ‘budi’ yang telah ‘termakan’ yang telah dibuktikan. Sehingga kini belum timbul lagi penafian tentang ‘budi’ yang telah dihulurkan oleh pemimpin UMNO kepada pemimpin PAS.
Jangan dipersoalkan kewarasan fikiran kebanyakan ahli PAS kini. Mereka tidak hanya bergantung kepada RTM atau TV3 atau Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk mendapatkan sumber berita. Merekah sudah pandai menggunakan internet dan setelah dikaji menampakkan bahawa sumber dari media sosial lebih boleh diharap berbanding dengan maklumat dari media milik kerajaan. Lantas mereka berpaut kepada sumber berita dari media sosial. Dari situlah mereka mengetahui bahawa parti kesayangan mereka, PAS (suatu ketika dulu) telah berjinak-jinak dan bermain ‘asmara’ dengan parti UMNO.
Sejarah telah membuktikan yang babak ‘percintaan’ PAS dan UMNO tidak berkekalan merujuk kepada kemelut politik PAS-UMNO tahun 1977 yang babak ‘drama’nya tercetus di Kelantan. Pada ketika itu telah berlaku kerjasama antara UMNO dan PAS yang membolehkan empat tokoh daripada PAS dilantik menganggotai kabinet kerajaan pusat yang terbentuk pada ketika itu.
Dalam hal ini tentunya YB Mustafa Ali (bekas Setiausaha PAS) boleh menceritakan dengan detail tentang percaturan UMNO yang menyebabkan empat orang lagi tokoh PAS terpaksa meninggalkan kerjasama demikian ia itu Dato Asri Haji Muda (Menteri Tanah dan Galian), Abu Bakar Umar ( Timbalan Menteri Kesihatan), Abdul Wahab Yunus (Setiusaha Parlimen Kementerian Kewangan dan Zahari Awang (Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan).
Read More / Baca Lagi >>