Baru-baru ini penyanyi terkenal iaitu Hafiz Suip telah dikejarkan ke hospital kerana penyakit yang dialaminya di mana dia perlu mendapatkan rawatan akibat kecederaan pada tulang belakangnya atau slipped disc.
Berita mengejutkan ini telah di muat naik oleh Hafiz sendiri melalui Instagram miliknya di mana menunjukkan gambarnya yang sedang menjalani rawatan terbabit.
Tulisnya menerusi laman sosialnya itu ialah 'Ya Allah kau permudahkan segala urusan ku. Slip disc datang lagi dengan permainan baru.'
Akibat daripada perkongsian tersebut, rata-rata peminatnya mendoakan agar Hafiz cepat sembuh serta dipermudahkan urusan untuk menyembuhkan penyakitnya itu.
Dalam pada masa yang sama, peminatnya juga turut meminta agar Hafiz sentiasa menjaga kesihatan dirinya walaupun dia sibuk menguruskan kerjayanya.
Terdahulu, Hafiz juga turut pernah dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang sama iaitu sekitar tahun 2015. Sumber: Astro Gempak, Editor: Sara