
Ini menimbulkan persoalan mengenai dakwaan awal Alex bahawa peletakan jawatannya dari Goldman Sachs di Singapura pada 2014 berkaitan dengan aktiviti mendedah maklumat mengenai 1MDB.
Menurut The Australian Financial Review, Alex enggan mengulas kenyataan firma itu, sambil menambah bahawa beliau tidak mempunyai akses ke atas e-mel tersebut.
Laporan itu berkata bahawa aduan Alex tentang 1MDB berlaku pada 2012 sementara peletakan jawatannya berlaku hanya dua tahun kemudian.
The Australian Financial Review mendakwa mereka mempunyai salinan surat peletakan jawatan Alex sepanjang 2,000 patah perkataan itu mendedahkan bahawa beliau meletak jawatan selepas diarahkan supaya berhenti berdagang dalam sekuriti yang dikaitkan dengan portfolio kabinet ayahnya, Malcolm.