Bunyi Monyet Bongkar Pembunuhan Kejam Gadis 17 Tahun infomalay12.blogspot.com


SUMATERA BARAT - Seorang gadis berusia 17 tahun ditemui maut dalam keadaan sangat menyedihkan apabila mayatnya tersangkut di atas pokok dipercayai mati dibunuh.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada bulan lalu di Kampung Pariaman dan telah menggemparkan penduduk yang sebelum ini aman damai.

Mangsa yang bernama Elysa ditemui tersangkut di atas pokok di sebelah jambatan memasuki Kampung Pariaman ditemui dalam keadaan tragis kerana tubuhnya separuh bogel dan puting payudaranya telah hilang dipercayai dipotong.

Ekoran dari penemuan mayat itu polis telah berjaya menahan 3 orang remaja lelaki termasuk kekasih mangsa kerana memberi keterangan yang mencurigakan.

Berkat siasatan yang dijalankan selama tiga hari, akhirnya suspek mengaku kesalahannya dan turut menyebut dua lagi rakan yang terlibat.

Punca kejadian itu dikatakan bermula dari mangsa yang mahu bergurau mengaku hamil dan meminta kekasihnya bertanggungjawab. Suspek yang mempercayainya membuat temu janji untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Situasi berubah apabila 2 rakan suspek yang dibawa bersama mempunyai niat untuk membunuh mangsa.

Mangsa diserang daripada belakang lalu dipukul dan dirogol secara bergilir-gilir dan lebih kejam lagi mereka memotong puting payudara mangsa lalu membuang mayatnya.

Mayat yang tersangkut itu disedari oleh orang awam apabila bunyi monyet yang tidak berhenti menjerit dan berbuat bising di kawasan itu beberapa hari.

Ketiga-tiga suspek sedang menunggu sidang bermula dan masing-masing dijerat tuduhan yang membawa hukuman tembak mati kerana membunuh dengan segaja. Sumber:Eberita , Editor:Anna

Subscribe to receive free email updates: