ABCDEFG Kes Rasuah LGE Dapat Sambutan Hambar Penyokong infomalay12.blogspot.com



Tidak seperti dijangka bakal menarik perhatian ramai, hanya sekitar 50 penyokong DAP berhimpun di pekarangan mahkamah itu sejak awal pagi ini sehingga pukul 8.30 pagi ini. Walaupun hebahan menerusi pelbagai saluran supaya lebih ramai penyokong DAP turun memberi sokongan, namun pekarangan Mahkamah Tinggi di sini iaitu lokasi di mana berlangsungnya perbicaraan kes rasuah membabitkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pagi ini agak lengang.

Situasi itu berbeza ketika sessi mahkamah sebelum ini yang menyaksikan kira-kira 200 penyokong DAP berhimpun menyatakan sokongan sejak awal pagi. Perbicaraan kes rasuah membabitkan Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon bermula hari ini selepas beberapa kali ditangguhkan sejak kira-kira dua tahun lalu. Malah, di dalam gambar pagi ini kelihatan hanya 3 EXCO DAP berada di kawasan Mahkakah bersama Lim Guan Eng. Mana EXCO DAP yang lain hadir untuk solidariti?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :