Video Isteri Serang Pelacur Yang Rampas Suaminya infomalay12.blogspot.com


Perkahwinan adalah satu ikatan yang sangat indah dan sangat dinanti-nantikan oleh setiap insan. Segelintir daripada nya akan menyatakan saat indah ini hanya akan bertahan selama beberapa bulan sahaja kerana pada saat ini lah kita dapat mengetahui kekurangan pasangan kita.

Benar setiap pasangan ada kekurangan masing-masing. Kita seharus menerima setiap kekurangan pasangan kita. Namun ada juga yang mengambil peluang ini untuk mencari pasangan yang lain kerana sudah bosan dengan pasangan nya.

Isteri mana yang rela melihat suaminya berfoya-foya dengan wanita lain di luar pengetahuan nya. Tidak ada seorang isteri pun yang sanggup berkongsi kasih dan sayang nya dengan wanita lain. Jika pasangan kita memiliki sebarang kekurangan sebaiknya berbincang dahulu bagi mengelakkan sebarang salah faham berlaku.

Baru-baru ini telah tular satu video di media sosial berkenaan dua orang wanita yang dikatakan bergaduh di sebuah restoran di Indonesia.

Isterinya berbaju tshirt putih berang dengan kelakuan suaminya yang didakwa keluar bersama seorang perempuan (berbaju hitam) yang dikatakan seorang pelacur.

Suaminya (berbaju hijau) cuba untuk menghetikan pergaduhan berkenaan namun isteri nya seperti dirasuk hantu menyerang kekasih suaminya itu.

Akibat tidak puas hati suaminya membela kekasih hatinya, si isteri tadi mengambil segelas cawan lalu si isteri tadi membalingnya ke arah perempuan berkenaan namun percubaan nya itu gagal.

Pergaduhan ini tidak terhenti di sini, kedua-dua wanita ini bertumbuk sesama sendiri dan cuba dileraikan oleh seorang wanita yang memakai topi keledar berwarna merah.

Namun akhir nya si isteri tadi meninggal kan restoran berkenaan bagai mengelakkan dia bertindak diluar kawalan sekali lagi.Editor : Ila

Subscribe to receive free email updates: