Mahathir disambut Fauzi sebaik tiba di pekarangan Hotel Cathayana Kuantan, sebentar tadi.
KUANTAN - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini, kira-kira jam 11.15 pagi tadi.
Kehadiran bekas Perdana Menteri itu disambut Pengerusi Harapan, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebaik tiba di perkarangan Hotel Cathayana D.
Beliau akan mempengerusikan mesyuarat Harapan sebelum memulakan lawatan di Felda Chini jam 2 petang ini.
Dianggarkan 200 pemimpin dan penyokong hadir pada sesi lawatan tersebut.
Setakat ini, suasana aman dan tidak sebarang kekecohan berlaku.
SH.
Undi pos: SPR jangan burukkan lagi kleptokrasi sedia ada, kata Abdul Rashid
Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak wajar menyenaraikan petugas beruniform untuk melaksanakan undi pos pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menjelaskan, empat kategori yang layak undi pos sedia ada sebelum ini adalah bertepatan berbanding yang baru diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
“Peraturan dan sistem yang lama sudah cukup baik. Apa yang disenaraikan oleh SPR hari ini mereka semua tidak terbabit secara lansung pada hari pembuangan undi.
“Saya tidak nampak justifikasi apa yang menyebabkan SPR berbuat demikian,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang dipetik berkata, selain kakitangan SPR, polis dan tentera, 9 lagi kategori penjawat awam boleh memohon untuk menjadi pengundi pos.
Kategori itu termasuk anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia;Jabatan Imigresen; Jabatan Penjara; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; anggota dan petugas hospital serta klinik kerajaan; sukarelawan polis; Angkatan Pertahanan Awam Malaysia; Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Jabatan Pendaftaran Negara yang bertugas di Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Kategori itu telah diputuskan SPR dalam mesyuarat pada 28 November 2017.
Sebelum ini kategori pengundi dalam negara yang boleh memohon untuk menjadi pengundi pos ialah anggota tentera dan pasangan serta anggota polis dan pasangan yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal, petugas media dan petugas pilihan raya yang terpaksa mengundi di luar pusat mengundi.
Ditanya motif sebenar SPR berbuat demikian, Abdul Rashid yang pernah menjawat jawatan pengerusi SPR pada 2000-2008 tidak menafikan wujudnya, usaha untuk membantu Umno-BN pada PRU14.
“SPR mempunyai kuasa untuk membuat perkara ini (tambah kategori). Tapi SPR perlu berbincang dulu dengan semua parti-parti politik jika nak ubah sedikit peraturan sedia ada.
“Mereka (parti politik) adalah pelanggan SPR. Kalau tak ada pelanggan tutuplah SPR kerana takda kerja.
“Kalau SPR nak tipu macam-macam boleh buat. Saya boleh list satu sampai 100 jika dulu saya nak tipulah (ketika berkhidmat).
“Pesan saya pada SPR jangan burukkan lagi kleptokrasi yang sudah ada hari ini.
“Saya tidak nampak sebab lain, cukup-cukuplah,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama pada 23 Februari lalu Pemantau Pilihan Raya Bersih 2.0 turut mempertikaikan penambahan 9 kategori pengundi pos dan menuduh pihak berkuasa mewartakan kategori-kategori itu secara sulit tahun lalu tanpa mewajarkan mengapa mereka layak mengundi dari jauh.
Bersih berkata langkah terbaru SPR adalah satu langkah ke belakang dari sasaran memansuhkan undi pos dan menggantikannya dengan pengundian awal sehari sebelum hari pengundian.
Bersih berkata membesarkan kategori pengundi pos adalah “bermasalah” dan “melanggar prinsip hak mengundi, keselamatan undi, integriti pilihan raya dan proses demokrasi”.
Malaysia Dateline.