ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Amanah Kedah menyelar kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang tegaskan pemimpin Pas tidak selamat jika melanggari baiah dan meninggalkan parti itu.
Berkata, ia serlahkan sikap ulamak Pas yang berdendam selain dilihat mempergunakan agama untuk kepentingan politik Pas.
“Sepatutnya politik yang digunakan untuk kepentingan agama. Tetapi dalam Pas, ia berlaku sebaliknya. Ulasan beliau itu lebih kepada dendam kerana sebelum ini pun sudah banyak individu yang ditarik gelaran oleh Istana,” katanya.
Menurut bekas wakil rakyat Pas Kedah itu, bagaimana Nik Muhammad Zawawi boleh sahkan penarikan gelaran kepada Naib Presiden Amanah, Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Abdullah adalah balasan ALLAH SWT kerana melanggar baiah.
“Adalah salah dari sudut ajaran Islam, mana-mana individu termasuk ulamak sekali pun menafsir apabila berlaku musibah (tarik gelaran Datuk) ke atas seseorang, ia adalah hukuman daripada ALLAH SWT. Ia sekadar untuk menakutkan wakil rakyat yang berhasrat meninggalkan Pas,” katanya.
Phahrolrazi yang juga Adun Pengkalan Kundor berkata, sebagai ulamak adalah lebih baik untuk menyatakan setiap perkara yang berlaku ada hikmah untuk diambil iktibar.
“Oleh itu kita sentiasa bersangka baik kepada ALLAH SWT atas segala peristiwa yang ditentukan,” katanya.
Phahrolrazi yang juga Bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah (2009-2013) berkata, kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga tidak relevan.
“Tidak payahlah beliau buat andaian terhadap mereka yang keluar Pas kononnya berasa bersalah atas perbuatan mereka. Sebagai pemimpin yang bertanggung jawab, kami telah buat pertimbangan sewajarnya sebelum mengambil sesuatu tindakan,” katanya.
Menurutnya, kenyataan Tuan Ibrahim itu jelas menunjukkan baiah digunakan untuk menghalang wakil rakyat Pas keluar parti.
“Berdasarkan kenyataan balas pemimpin Pas, menunjukkan agama digunakan untuk kepentingan politik mereka,” katanya.
Sebelum ini, Phahrolrazi mendakwa sumpah baiah yang diamalkan Pas memberi implikasi negatif kepada dua pihak, iaitu kepada wakil rakyat terbabit dan juga Pas, selain memperlihatkan pendekatan parti itu yang ekstrem.
Katanya, wakil rakyat yang melafazkan baiah Pas terutama melibatkan talak isteri, berdepan risiko kerana sumpah itu akan ‘makan diri’ sendiri apabila tidak lagi bergelar pemimpin Pas.
Pimpinan tertinggi Pas juga didakwa menggunakan isu baiah untuk menakut-nakutkan wakil rakyat mereka supaya setia kepada parti, sedangkan masih ada jalan keluar untuk membebaskan diri daripada baiah.