PRU14: Selepas diwakili 3 bekas pemimpin PAS, siapa tawan Kubang Kerian kali ini? infomalay12.blogspot.com

Kubang Kerian, bandar penting di Kelantan yang pernah menjadi kubu kuar Presiden Amanah, Mohamad Sabu, kini menunggu pertandingan 3 penjuru yang sengit.
burger
Wisma Tok Guru di Kubang Kerian, simbol kuasa PAS tetapi juga menjadi medan perebutan pengaruh dengan Amanah.
KUBANG KERIAN: Kubang Kerian, jiran kepada Kota Bharu, terkenal sebagai bandar universiti. Di sini terletaknya salah satu pusat latihan perubatan untuk bakal doktor di seluruh Malaysia, di Hospital Universiti Sains Malaysia.
Bandar ini juga menempatkan istana diraja Kelantan, dan menjadi tempat kediaman rasmi Sultan Kelantan serta kerabat diraja.
Bagi rakyat Kelantan, ia juga terkenal dengan pondok terbesar di negeri itu, Pondok Pasir Tumboh yang cukup sinonim dengan pemimpin lapisan PAS.
Parlimen Kubang Kerian, yang mempunyai 65,390 pengundi berdasarkan statistik 2013, dibentuk pada pilihan raya umum 1995, selepas persempadanan semula pada 1993.
Sebelum itu, ia dikenali sebagai Nilam Puri, dan pernah diwakili Mohamad Sabu.
Pada 1990, Mat Sabu, yang kini memimpin Amanah, mengalahkan Tan Sri Annuar Musa, orang kuat Kelantan yang kemudiannya memimpin asakan Umno untuk merampas kembali negeri itu daripada PAS.
Pada pilihan raya berikutnya, Mat Sabu terus menjadi pilihan pengundi walaupun merupakan “calon import” dari Pulau Pinang.
Beliau menewaskan calon BN dengan majoriti besar, melebihi 10,000.
Aura Mat Sabu mungkin sudah lama hilang di sini. Tetapi hakikatnya, Kubang Kerian berkait rapat dengan pemimpin Amanah, parti serpihan PAS yang dipimpin Mat Sabu.
Pada 1999, Datuk Husam Musa, kini naib presiden Amanah, bertanding dan menang. Untuk 2 pilihan raya berikutnya, Kubang Kerian diwakili Salahuddin Ayub, kini timbalan presiden Amanah.
Dengan berubahnya iklim politik Kelantan selepas perpecahan PAS, Kubang Kerian boleh menjadi kayu pengukur kekuatan parti Islam yang sudah memerintah negeri ini hampir 30 tahun.
Faktor Husam, yang satu masa dulu disebut-sebut menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijangka menghangatkan suasana pilihan raya di Kubang Kerian.
Husam kini merupakan Adun Salor, salah satu dari 3 kerusi negeri di bawah Kubang Kerian.
Apa yang pasti, Kubang Kerian bakal menyaksikan antara pertembungan 3 penjuru paling sengit di Kelantan.
husm
Kubang Kerian terkenal dengan Hospital USM, antara pusat latihan doktor terbesar di Malaysia.
Bagi Umno, pertembungan 3 penjuru mencerahkan peluangnya untuk merampas kerusi itu buat pertama kali sejak beberapa dekad.
Tetapi Ketua Umno Kubang Kerian, Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani, akur akan realitinya.
“Kita akui sukar nak tawan kubu kuat PAS di Kubang Kerian,” katanya kepada FMT.
Kini, dengan “perpecahan” PAS, yang melahirkan Amanah, iltizam itu diperbaharui, walaupun Ghani sedar Umno juga berpecah dan melahirkan PPBM.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :