Memang Bank Negara mahu beli tanah kerajaan.. infomalay12.blogspot.com

Pembelian tanah seluas 22.5 hektar oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berlaku selepas bank pusat itu menyatakan keinginan mereka kepada kerajaan dan bukan sebaliknya.
Kata Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim, tanah itu dibeli bukan kerana ia ingin dijual oleh kerajaan pada awalnya.
"Untuk menjelaskan keadaan bukan kerajaan yang mahu menjual tanah itu kepada kami.
"Sebenarnya kami yang menghubungi kerajaan berbulan-bulan dulu untuk membelinnya," kata Muhammad seperti dilaporkan The Edge.
Beliau juga memberitahu transaksi itu berlaku ketika kedua-dua pihak bertindak atas kepentingan sendiri dan bebas daripada tekanan sesiapa.
Pada 4 Jan lalu BNM dilaporkan membeli sejumlah tanah daripada kerajaan persekutuan dengan harga RM2 bilion.

Tanah itu dirancang untuk dibangunkan sebagai tempat penempatan semula Universiti Kewanga Islam Global dan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa, selain membina pelbagai kemudahan pendidikan serta pusat latihan.
Dilaporkan pakar hartanah berpendapat agak langka untuk agensi kerajaan memberi tanah daripada kerajaan.
Pemerhati juga mempertikaikan keputusan BNM memperoleh tanah itu pada harga pasaran ketika ia dicadangkan untuk dibangunkan sebagai pusat pendidikan.
Elok tanya kerajaan
Sebelum ini kerajaan pernah memindahkan tanah kepada universiti awam pada harga minimum.
Transaksi itu menjadi perhatian kerana berlaku selepas firma milik penuh kerajaan - 1MDB - mengumumkan pada 27 Dis 2017 bahawa mereka selesai membuat bayaran akhir bernilai AS$600 juta kepada syarikat International Petroleum Investment Co (IPIC).
Tarikh akhir untuk 1MDB membuat bayaran berkenaan ialah pada 31 Dis 2017.

Bagaimanapun 1MDB tidak menjelaskan dari mana mereka memperoleh dana berkenaan kecuali menegaskan ia hasil daripada pelaksanaan program rasionalisasi yang dilaksanakan.
Diminta untuk mengulas dakwaan bahawa dana daripada penjualan tanah kepada BNM itu digunakan dalam pembayaran 1MDB, Muhammad memberitahu kerajaan mempunyai hak prerogatif untuk menggunakan perolehan mereka.
"Itu urusan kerajaan. Lebih baik anda bertanya kepada kerajaan dan bukan kami.
"Setakat yang kami tahu, BNM yang mahu membeli tanah itu untuk kegunaan pembangunan kami sendiri," katanya.
Muhammad juga menegaskan BNM yang meminta supaya kerajaan menjual tanah berkenaan kepada mereka dan usaha meyakinkan Putrajaya dibuat selama berbulan-bulan.
"Kebetulan pada akhir Nov atau Dis lalu rundingan antara kami membuahkan hasil dan kami agak gembira memiliki tanah itu dengan harga sedemikian," katanya.
Muhammad juga menjelaskan tidak ada yang luar biasa untuk BNM membeli tanah kerana ia pernah dibuat sejak berdekad-dekad lalu.
"Ia bukan kali pertama kali melakukannya.
"Apabila kami memiliki tanah, kami membelinya pada harga pasaran dan memastikan ia mengikut amalan pasaran serta norma terbaik," katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :