Polis Pahang menahan seorang wanita bergelar ‘Datin’ yang disyaki terlibat dalam kes membabitkan penawaran pemberian gelaran Darjah Kebesaran Negeri Pahang secara tidak sah, kira-kira jam 3 petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek berusia 60 tahun itu berasal dari Pulau Gadong itu ditahan di perkarangan Balai Polis Malim, Melaka.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati pada 29 Januari lalu lebih kurang jam 3 petang suspek membuat naik satu status di Facebook menggunakan pemilik akaun bernama Nazzaitulhaida Mohd Ali dengan menawarkan hal pengambilan gelaran darjah kebesaran Pahang dipercayai sah oleh kerajaan.
“Dalam masa yang sama suspek memberitahu, mereka yang berminat boleh menghantar maklumat peribadi pemohon terlebih dahulu sebelum 20 Februari lalu,” katanya.
“Tidak cukup dengan itu juga, paparan tersebut turut menyatakan sesiapa berminat dengan gelaran Datuk atau Datuk Seri Pahang boleh menemuinya di Kuantan pada 23 Februari ini di satu lokasi yang akan diberitahu kemudian di samping diberi peluang sama dalam proses tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Mohd Wazir berkata, pihaknya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan terhadap pemilik akaun laman sosial tersebut setelah mengambil kira hal kepentingan masyarakat dan institusi diraja di negeri ini.
“Ketika tangkapan ke atas suspek, polis merampas sebuah telefon bimbit jenama Xiaomi, Model Mi Max 2, sekeping kad sim My Tune Talk dan kad sim Redone.
“Suspek dibawa ke IPD Kuantan untuk tindakan lanjutn dan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan Seksyen 3(1) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017,” katanya.
Related Posts :
[Video Dengar baik2! Tiada RM90 Juta Dalam Akaun Pas?] Dato Shukri (SPRM) tak de pun mengatakan siasatan SPRM dah ditutup atau selesai? Belum apa2 pun lagi lah walaun, jangan melompat lagi! Sekarang Bosskau baru nak MENGELUH, 2015 dia ENJOY aje sambung KONSENSI PLUS. infomalay12.blogspot.comIsnin, 25 Februari 2019
Pakatan Harapan Supporters
Sebenarnya malas admin nak ulas isu ni. Biarlah SPRM siasat. Tapi sebab banyak sangat ya… Read More...
[Video TUN M - HADI AWANG - ANWAR IBRAHIM] Najib memfitnah Menteri stokin hitam! Di mana Najib dapat 'Dewan Dr Maszlee', ada banyak lagi Dewan Jho Low, Dewan JEPAK, Dewan Najib, & Dewan Rosmah pun ada? Haruuu Bosskau & SPRM sila siasat akaun 17 pemimpin Pas! infomalay12.blogspot.comIsnin, 25 Februari 2019
1. HADI SOKONG TUN M ATAU TAKUT ANWAR? 2. BAGAIMANA JIKA HAKIM YANG BERSALAH? 3. PROJEK LAND SWAP ANCAM PERTAHANAN … Read More...
[Live Mengapa Tun M & SPRM SEMBUNYIKAN SEMUA BUKTI RASUAH RM90 JUTA Hadi & Pas Round ke-2] Apa Najib buat bertahun-tahun jadi PM, tanya Muhyiddin infomalay12.blogspot.comIsnin, 25 Februari 2019
LIVE! KENYATAAN TERBUKA KEPADA TUN M & SURUHANJAYA PEROMPAK & RASUAH MALAYSIA (SPRM) Kepada Tun M & Ket… Read More...
[Video HADI SOKONG TUN M ATAU TAKUT ANWAR?] SPRM tak jumpa RM90 juta dalam akaun bank PAS? Memang le...SPRM wajib SIASAT akaun peribadi pemimpin PAS dan ahli keluarga mereka! BUKAN sekadar siasat akaun bank Pas aje? Takkanlah PAS begitu bodoh. infomalay12.blogspot.comIsnin, 25 Februari 2019
Revolusi Anak Muda Malaysia
Mampu ke walaun nak hadam dan faham benda ni?
Lagikan bila puak lebai kencing dan puta… Read More...
[Video Tun pun terkejut Semenyih] KEMAS ni memang kemaih (mantap) la..Semoga anggota Kemas terus komited dalam menjalankan tugas dan amanah demi negara. Habisslah Bosskau & UmnooBN! Hari ini Tun M ke IKEA berjalan2, Tun M suka 'deko' sendiri rumahnya juga ye. infomalay12.blogspot.comIsnin, 25 Februari 2019
Kelab Che Det
Hampir 5,000 daripada 17,905 kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh negara berkumpul… Read More...