[KUANTAN] KEDIAMAN SEWA KOTOR JADI TULAR infomalay12.blogspot.com


Kediaman sewa kotor jadi tular



Tular di laman sosial seorang wanita telah memuat naik gambar-gambar keseluruhan kediaman keluarganya yang kotor dan rosak akibat penyewa yang tidak bertanggungjawab, semalam.

Usaha untuk mencari pemilik akuan 'Puteri Syafiqah' yang memuat naik status mengenai sikap penyewa itu juga gagal.

Sinar harian cuba mendapatkan wanita terbabit dengan menghantar pesanan ringkas menerusi Facebook sejak petang semalam masih tidak berjaya.

Malah pencarian rumah sewa itu yang didakwa terletak di Taman Sepakat, di sini juga tidak berhasil.

Namun, beberapa jam sebelum ini wanita tersebut telah memuat naik status terbaru bahawa selepas beberapa jam perkara itu ditularkan ada di antara penyewa itu yang memohon maaf dan sanggup bersemuka serta ingin membantu membersihkan semula kediaman berkenaan.




"Ibu bapa saya memang tidak mahu perkara ini berpanjangan dan mengambil sebarang tindakan.

"Kami berharap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan esok (hari ini) kami sekeluarga akan membersihkan rumah itu...tak perlu penyewa atau mana-mana pihak datang kerana biarlah kami selesaikan sendiri.

"Saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat...malah ramai juga yang memberi semangat dan komen positif serta tidak kurang juga sudi membantu mengemas kembali kediaman kami itu," katanya.

Melalui statusnya, dia sekeluarga menyesal kerana tidak menitikberatkan hal berkaitan penyewaan rumah dan mengambil kes tersebut sebagai pengajaran.

Sinar Harian cuba menjejaki pemilik akuan 'Puteri Syafiqah' yang memuat naik status mengenai sikap penyewa itu.

Malah pencarian rumah sewa itu yang didakwa terletak di Taman Sepakat, di sini juga tidak berhasil.


Subscribe to receive free email updates: