Khalid Ibrahim tolong PAS akan membantu BN, kata Dr M infomalay12.blogspot.com

 | January 30, 2018
Pengerusi PH berkata tindakan bekas menteri besar Selangor itu secara tidak langsung akan membantu BN.
Mahathir-Khalid-IbrahimPETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad membidas tindakan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang ingin membantu kempen PAS di Selangor.

Beliau berkata tindakan Khalid secara tidak langsung akan membantu Barisan Nasional (BN) dan membenarkan dakwaan PAS menyebelahi BN.
“Ini negara yang bebas, sangat bebas sampai boleh bantu untuk BN,” katanya sinis pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di ibu pejabat PPBM hari ini.

Dalam masa yang sama, Dr Mahathir percaya pembabitan Khalid dalam kempen PAS tidak akan memberikan kesan besar pada PH pada pilihan raya umum nanti.
“Dia bukannya ahli politik, dia ahli perniagaan,” katanya.

Hari ini, PAS Selangor dilaporkan sedia menawarkan kerusi DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak kepada Khalid, selepas beliau mengumumkan akan membantu parti Islam itu berkempen pada PRU14.
Bulan lalu, Khalid menghadiri Konvensyen Umno Selangor tetapi menafikan beliau akan menyertai parti itu.

Bekas bendahari agung PKR itu dilaporkan berkata, beliau menghadiri konvensyen tertutup itu sebagai tanda sokongan kepada BN untuk merampas Selangor.
Pada 21 Januari lalu, Khalid dilaporkan menyertai Himpunan Fastaqim 2.4 dan pelancaran jentera pilihan raya PAS Selangor di Shah Alam

Subscribe to receive free email updates: