Seorang suri rumah tangga yang bernama Hema Kohli, 22, mendakwa suaminya sanggup melakukan perkara di luar jangkaannya apabila merogol bayi 8 bulan yang merupakan sepupunya sendiri.
Hema telah berkahwin dengan suaminya selama 3 tahun dan sangat mencintai lelaki itu, namun lebih rela melihat suaminya itu mendapat hukuman sekiranya dia terbukti bersalah.
"Aku masih tidak percaya dia sanggup melakukan ini," kata Hema
"Aku tidak percaya aku telah jatuh cinta dengan lelaki seperti itu. Jika dia benar terbukti bersalah, aku mahu lihat dia digantung di depan mataku."
Hema Kohli, isteri kepada lelaki yang merogol bayi 8 bulan (Gambar:Mirror)
Suraj Kohli, 26, adalah suami Hema yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah syarikat.
Pada 29 Januari, suspek telah ditahan atas tuduhan merogol ketika sedang mabuk di rumahnya di Delhi, India.
Ketika kejadian berlaku, bayi itu tinggal bersama kakaknya yang berusia 2 tahun dan ibu saudaranya kerana ibu bapanya sedang bekerja.
Pihak polis mengatakan bahawa Suraj telah membawa mangsa ke dalam bilik untuk bermain dengan bayi itu namun ketika ibu bayi itu pulang ke rumah, anaknya ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil dan dipenuhi darah, sementara itu Suraj sudah tiada.
Ibu mangsa membawa bayi itu ke hospital dengan segera dan doktor mengesahkan bahawa bayi itu telah dirogol.
Hema dan Suraj memiliki bayi lelaki yang berusia 9 bulan hasil daripada perkahwinan mereka.
Suraj telah ditahan oleh pihak polis, sementara Hema dan anaknya sering diperlakukan dengan kejam dari segi lisan atau fizikal oleh jiran mereka.
Setiap kali keluar rumah, Hema akan dilemparkan dengan batu oleh jiran-jirannya.
Hema dan Suraj mula berkenalan pada awal 2015 dan telah berkahwin 6 bulan selepas itu.
"Aku jatuh cinta dengan sikap prihatinnya terhadapku."
"Dia telah menjagaku seperti seorang bayi dan bersikap positif serta sangat menyayangiku. Kami sangat bahagia." kata Hema
Menurut Herma, Suraj telah menganggap sepupunya itu seperti anaknya sendiri, namun sejak 3 minggu sebelum kejadian Suraj kelihatan seperti mempunyai masalah dan mulai mabuk.
Pihak polis telah membuat siasatan ke atas Suraj dan lelaki itu mengakui perbuatannya dengan mengatakan dirinya sedang mabuk ketika kejadian berlaku.
Suraj ditahan atas tuduhan merogol dan penyiksaan seksuan terhadap kanak-kanak dan menerima hukuman penjara 10 atau seumur hidup.
Bayi itu sedang dirawat di hospital Kalawati Saran, Delhi dan telah menjalankan pembedahan selama 3 jam kerana terdapat luka di bahagian dalamannya. Editor:Farhana
Bilik yang menjadi tempat mangsa dirogol. (Gambar:Mirror)