GUAN ENG HERET RAKYAT PULA SELESAI ISU TEROWONG infomalay12.blogspot.com






Berdepan pelbagai kritikan serta dakwaan korup, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akhirnya mengheret rakyat di negeri itu bagi menyelesaikan masalahnya berhubung isu terowong dasar laut.

Beliau mahu rakyat menjadikan pilihan raya umum (PRU) ke-14 referandum untuk cadangan menghubungkan pulau di Pulau Pinang ke tanah besar dengan mengundi sama ada menyokongnya atau menolak PH.

Memetik laporan sebuah portal, Guan Eng di konvensyen PH di Pulau Pinang malam tadi menggesa pengundi mengundi PH dalam PRU ke-14 jika bersetuju dengan cadangan terowong dasar laut yang menghubungkan Gurney Drive dan Bagan Ajam.

Bercakap di konvensyen yang diadakan di dalam kawasan parlimen Permatang Pauh, beliau mendakwa sekiranya projek diteruskan, ia akan memberi pembangunan di Seberang Perai Utara dan memberi manfaat kepada penduduk kampung, yang merupakan penyokong utama BN.

“Orang kampung mahu lihat pembangunan. Mereka yang tinggal berhampiran Bagan Ajam akan mendapat manfaat. Kita mahu membangunkan Seberang Perai Utara.

“Sekiranya projek itu diteruskan dan menjadi realiti, habislah BN,” katanya.

Guan Eng menegaskan cadangan projek itu, yang turut melibatkan pembinaan tiga lebuh raya dibuat dengan bersih dan tender terbuka.

Beliau mendakwa MCA cuba mensabotaj pembangunan negeri itu.


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :