Gara-gara Sajat Tujuk IC , Pihak JPN Akan Ambil Tindakan infomalay12.blogspot.com


Pengasas kosmetik Let's Cantik, Nur Sajat dikatakan telah menunjukkan kad pengenalan nya di dalam sebuah video. Lantaran kejadian itu ,Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengambil tindakan selanjut nya kerana salah seorang penulis blog telah membuat aduan kepada pihak atasan berhubungan kes ini.

Mengikut laporan yang diterima,rakaman video ini telah di muat naik pada hari Isnin.

Susulan daripada kejadian ini, Datuk Mohammad Razin Abdullah,Ketua Pengarahnya berkata, aduan yang diterima oleh jabatan ini akan disiasat secara terperinci.

"Pihak kami akan membuat siasatan mengenai aduan yang telah dilaporkan oleh seorang penulis blog yang mendakwa video Sajat menunjukkan kad pengenalan nya di dalam video itu,kian tular di media sosial,"katanya.

Walau bagaimanapun, pihak JPN akan sentiasa memelihara rekod pemilik dokumen serta perlu merahsiakan nya kerana ini melibatkan indentiti seseorang.

“Sekiranya terdapat sebarang keraguan, pemilik dan waris yang layak sahaja dibenarkan untuk mendapatkan pengesahan maklumat,” tambahnya lagi.

Didalam video tersebut kelihatan Sajat menunjukkan  kad pengenalannya yang tertera tulisan  "perempuan" di dalam kad pengenalannya dan telah mendakwa bahawa kad itu adalah miliknya dan dia adalah seorang perempuan asli.


Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga masih dalam proses mengesahkan identiti sebenar Sajat.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata masih ada beberapa proses lagi yang perlu dijalani oleh usahawan kosmetik ini.

"Proses ini dikatakan akan mengambil masa yang panjang kerana ia nya melibat kan banyak pihak untuk mengesahkan jantina Sajat. Paling minimum sebulan untuk menentukan kes ini,"katanya.

Pihak berkuasa akan membuat siasatan mengenai perkara ini secepat mungkin.Editor: Ila

Subscribe to receive free email updates: