Seorang wanita muda yang bernama Neha bertindak untuk membuang bayinya ke dalam tong sampah akibat tidak tahan mendengar tangisan bayi itu yang menangis tanpa henti, Timur Delhi.
Bayi perempuan yang berusia 25 hari itu meninggal di hospital GTB, New Delhi pada hari Sabtu selepas diitemui oleh pihak polis.
Salah seorang penduduk di Vinodpour timur mendakwa Neha telah membuang bayi itu dan mengakui dia membuang anaknya sendiri kerana kepenatan menjaga bayi yang tidak henti menangis.
Kejadian itu berlaku pada hari jumaat dan telah dilaporkan kepada pihak polis serta kes itu difailkan sebagai kes culik.
Ada seorang saksi yang melihat Neha membuang sesuatu ke dalam tong sampah dan pihak polis menjadikan Neha sebagai suspek utama.
Selepas pihak polis menyoal siasat suspek, akhirnya dia mengaku dan memberitahu lokasi tong sampah yang menjadi tempat pembuangan bayi itu.
Ketika ditemui bayi itu masih bernyawa, namun didapati ada kecederaan pada kepala dan beberapa keretakan tulang.
Pihak polis yang menemukan bayi itu segera membawa ke hospital GTB, New Delhi, namun nyawa bayi itu tidak dapat diselamatkan dan meninggal di hospital. Sumber:India Today , Editor:Anna


Related Posts :
Ronnie Liu Semakin Biadap Muat Naik Komen Jelik Kuliah DS Haji Hadi Di Masjid Rusila infomalay12.blogspot.com
Tidak faham apa masalah Pimpinan Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu bertindak begitu biadap sehinggakan sanggup memberikan komen jelik… Read More...
Video-Guru ini tampar 38 murid kerana tak boleh baca puisi infomalay12.blogspot.com
8/9/17
©Weibo
Seorang guru di sekolah menengah di Hefei, Provinsi Anhui, China, dikenai sanksi dan peringatan kerana … Read More...
Setahun Bersatu: Johor,Kedah, Selangor keahlian tertinggi infomalay12.blogspot.com
Negeri Johor, Kedah dan Selangor mempunyai keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) paling tinggi berbanding negeri lain, dedah T… Read More...
Rafizi: 'Saya tidak pernah jumpa syarikat rugi satu bilion ringgit setiap tahun' infomalay12.blogspot.com
Sepanjang kira-kira dua dekad terlibat dalam bidang kewangan, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengakui tidak pernah beliau menemui s… Read More...
'Ini bukan magik, ini sains' infomalay12.blogspot.comGara-gara memperkenalkan alat yang dikatakan boleh menjimatkan penggunaan petrol motosikal, pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan D… Read More...