Wanita berusia 29 tahun itu ditahan bersama bayi lelakinya yang masih menyusun badan di sebuah hotel bajet di Chow Kit awal pagi tadi.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin berkata wanita berusia 29 tahun itu yang ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Chow Kit pada 2.30 pagi tadi, antara 112 individu ditahan dalam Operasi Perdana AADK di sekitar ibu negara sejak Khamis lalu.
Bercakap kepada wartawan selepas operasi tersebut hari ini, beliau berkata, 3 lagi rakan wanita yang berada dalam bilik sama turut ditahan dan disahkan positif Methamphetamine.
Halim berkata, wanita berkenaan dan bayinya akan ditempatkan di pusat pemulihan bagi memastikan masa depan bayi itu terjamin.
Dalam operasi itu, Halim berkata, pihaknya menyasarkan 10 kawasan tumpuan di ibu kota yang dipercayai menjadi sarang penagih dadah seperti di perumahan awam dan hotel bajet.
Katanya, sewaan bilik serendah RM35 semalam antara faktor penagih memilih hotel bajet sebagai “port” untuk memuaskan ketagihan mereka.