Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, walaupun Ahli Parlimen Pakatan Harapan boleh bekerjasama mencari jalan terbaik menangani gejala tersebut, tindak tanduk UMNO-BN mempergunakan alasan ‘berita palsu’ untuk meraih lebih banyak kuasa yang hak demokratik rakyat tidak boleh dibiarkan.

“Bolehkah Azalina menjelaskan apa maksud beliau tentang ‘keselamatan negara’ apabila DAP sebagai parti yang sah terpaksa berdepan dengan konspirasi untuk diharamkan?
“Azalina juga tidak mampu menjawab apabila pihak berkuasa seperti Pejabat Peguam Negara, Polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia lalai dan gagal membendung sejumlah pembohongan yang tentera siber UMNO-BN terhadap DAP dan Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan.
Antara lain katanya ialah serangan bertali-arus tentera siber upahan UMNO-BN yang menjaja berita palsu mendakwa DAP sebagai sebuah parti yang anti-Melayu, anti-Islam dan mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.
“Ini termasuk dakwaan kononnya DAP memperuntukkan RM100 juta hingga RM1 bilion untuk membiayai Red Bean Army (RBA) melibatkan 3,000 cubertrooper yang beroperasi di Hotel Concorde, Kuala Lumpur untuk menyerang UMNO.
“Dakwaan palsu terbaru termasuklah kononnya saya sedang koma dan nazak di sebuah hospital di Singapura,” ujar beliau.