INDONESIA- Seorang wanita yang bernama Lis Aisyah yang sedang sarat mengandung dipercayai telah dibunuh di Kampung Pasir Jonge, Desa Sukawangi, Kecamatan Singajaya, Kabupaten Garut, Jawa Barat. Mayat mangsa ditemui dengan penuh kesan luka di dalam bilik tidur rumahnya.
Mangsa yang sedang mengandung lapan bulan telah dibunuh oleh seorang perompak yang datang ke rumah mangsa pada hari Jumaat lalu.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di atas tilam yang dilumuri oleh darah. Ibu mangsa, Aat Atikah berkata, dia tidak sanggup melihat mayat anaknya dan bayi di dalam rahim yang telah di bunuh dengan kejam.
"Saya tidak sanggup melihat keadaan anak saya, kejam dan tidak berperikemanusiaan pembunuh yang membunuh anak dan cucu saya,"ujar nya.
Menurut jiran setempat, mereka ada terdengar jeritan mangsa meminta tolong.Tetapi apabila mereka datang untuk menolong,mangsa sudah tidak bernyawa lagi. Semasa rompakan berlaku,mangsa tinggal bersendirian kerana suaminya bekerja di luar bandar.
"Lis yang dalam keadaan sarat mengandung, semasa kejadian tinggal bersendirian di rumah," kata Aat sambil menangis.
Jiran-jiran yang terlihat kejadian itu segera melaporkan kejadian tersebut ke balai polis berdekatan. Berikutan dari laporan tersebut polis segera membuat serbuan di tempat kejadian. Menurut pihak polis, perompak itu bertindak sedemikian kerana kehilangan duit dan telefon bimbit.
Ketua Polis Garut, AKBP Budi Satria Wiguna,berkata,dia telah mengarahkan anggota dari pasukan unit kereta peronda untuk menangkap suspek.

"Kes masih lagi didalam siasatan,"katanya. Editor: Ila