Video Terbaru @weekasiongmp Mengenai Skandal RM6.5 Billion Terowong Bawah Laut, Apa Kata Kamu @cmlimguaneng infomalay12.blogspot.com


Belumpun sejuk video penjelasan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, menjawab persoalan-persoalan (yang tak terjawab) daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Ir Wee Ka Siong, DS Dr Wee pagi ini mengeluarkan satu lagi video dengan melontarkan beberapa persoalan yang memerlukan jawapan. Nampak gaya Joseph Lim Guan Eng tidak tidur malam hari ini.


Antara isu-isu yang dikentengahkan oleh DS Dr Wee adalah:

1. Betulkah kenyataan media Buletin Mutiara yang mengatakan bahawa projek terowong bawah laut tidak melibatkan syarikat bermodal RM2?

2. Adakah benar BUCG dan CRCC bukan pemegang saham sekarang? Kenapa begitu mudah pemegang saham bertukar dengan nilai pegangan saham yang semakin mengecil?

3. Adakah 'Acknowledged Of Commitment' satu perjanjian yang sah di sisi undang-undang atau sekadar 'Letter of Comfort' atau surat sokongan? Tidakkah ianya bukan satu dokumentasi undang-undang yang kuat untuk digunapakai untuk saman sivil?

4. Adakah betul dakwaan Joseph Lim Guan Eng, tidak ada satu sen pun yang dibayar?

Video yang mesti ditonton. Jawab Joseph Lim Jawab! Perlu diingat, sebelum Joseph Lim menjawab dengan jawapan yang bodoh, ini adalah latar belakang DS Dr Ir Wee Ka Siong:
Pendidikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong: B. Sc. (Hons) in Civil Engineering (UTM, 1992), M. Eng in Traffic Engineering (NTU Singapura, 1996), Ph.D in Transportation Planning (UTM, 2002).

Subscribe to receive free email updates: