Tiga Sahabat Durjana, Rogol Remaja 15 Tahun infomalay12.blogspot.com


KOTA BHARU: Seramai tiga orang remaja dipercayai rakan baik dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kota Bharu di atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, pada tahun lalu.

Suspek yang masing-masing berusia di antara 19, 20 dan 21 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin apabila pertuduhan terbabit dibacakan hari ini.

Berdasarkan hasil siasatan, remaja yang berusia 19 tahun itu didakwa merogol mangsa yang juga kekasihnya sebanyak dua kali di dalam sebuah rumah di Kampung Kulim, Pasir Puteh di antara jam 2 pagi hingga 4 pagi, Jun 2017, dan juga di antara 2 pagi hingga 3 pagi pada Ogos 2017.

Manakala dua lagi rakan baiknya itu didakwa telah merogol mangsa di lokasi yang sama di antara 3 pagi hingga 4 pagi pada Ogos 2017 yang lalu.

Kesemua yang dituduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang akan memperuntukkan hukuman penjara maksimum iaitu selama 20 tahun dan dalam pada masa yang sama boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan tersebut telah di kendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, iaitu Hajarul Falenna Abu Bakar manakala tertuduh dipercayai tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Setakat ini, tiada jaminan yang ditawarkan dan sebutan semula kes ini adalah pada 11 Februari depan. Sumber: Astro Awani, Editor: Myra

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :