Syura atau Zuraidah Badron terkilan apabila ada segelintir pihak yang mengaitkan ibu bapa dan keluarganya dalam meluahkan rasa tidak puas hati terhadapnya di laman sosial.
Menerusi laman Instagram, Syura memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada yang ingin mencacinya namun memohon agar orang ramai tidak melibatkan keluarganya.
Syura atau Zuraidah Badron, 31, menerusi Instagram memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada yang ingin mencacinya namun memohon agar tidak melibatkan keluarganya.
"Kepada semua netizen, katalah apa pun kepada saya... makilah saya, cacilah saya... tapi tolong jangan babitkan insan paling berharga dalam hidup saya dan dia pun dah tiada kat dunia ini lagi.
"Jangan babitkan arwah bapa saya dan keluarga saya... saya mohon sangat," katanya.
Seorang netizen mendakwa Syura lupa diri selepas bergelar artis dan keluarganya juga turut dikaitkan berubah sikap terhadap penduduk tempat tinggal mereka.
Kesal dengan dakwaan itu, Syura memuat naik status sebagai respon netizen tersebut.
Sementara itu, Syura menerusi status sama memberitahu sudah tiba masanya dia berkongsi mengenai kisah kehidupannya dengan peminat.
Syura berkata apa yang dilakukan itu bukan meraih simpati tetapi sekadar untuk mepertahankan diri daripada segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
"Dah sampai waktunya saya berkongsi siapa saya, bagaimana kehidupan saya yang dahulu, apa yang saya buat ketika kecil.
"Bukan untuk raih simpati tetapi hanya untuk mempertahankan diri," katanya. Sumber:mStar ,
Editor:Farhana