SPR diminta teliti persempadanan semula PJU infomalay12.blogspot.com

Sinar Harian
Ch’ng Soo Chau
Ch’ng Soo Chau
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta meneliti semula dan mengekalkan persempadanan asal bagi kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU).

Timbalan Pengerusi MCA Kawasan Petaling Jaya Utara, Ch’ng Soo Chau berkata, ini kerana jumlah pengundi di kawasan PJU iaitu lebih kurang 82,000 orang adalah jumlah yang seimbang.
“Pada asalnya kawasan PJU ini memiliki dua Dun iaitu Kampung Tungku dan Damansara Utama di mana jumlah pengundinya masing-masing adalah 32,000 dan 52,000 orang.

“Bagi kami jumlah ini adalah sesuai kerana tidak terlalu ramai dan tidak terlalu sedikit. Lagi pun, pengerusi SPR yang lalu ada membuat kenyataan bahawa kalau boleh setiap kawasan Parlimen pengundinya tidak lebih 100,000,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya persempadanan semula dilakukan dengan meletakkan Dun Bukit Lanjan dalam PJU, ia akan menjadikan kawasan parlimen itu sebagai kawasan dengan jumlah pengundi teramai di negara ini iaitu 151,000 orang.

“Dun Bukit Lanjan kawasannya sahaja adalah lebih besar daripada parlimen PJU yang asal.
“Sebab itu kami membuat bantahan sebelum ini supaya SPR dapat meneliti semula cadangan mereka. Hari ini saya dipanggil oleh pihak SPR untuk menghadiri siasatan tempatan mengenai bantahan itu,” katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :