Katanya dia tidak mahu ambil pusing mengenai perkara itu kerana apa yang penting jumlah tontonan bukan like atau dislike.
“Sejujurnya, saya tak risau tentang hal itu kerana kita tak boleh nak paksa orang suka lagu kita. Apa yang penting jumlah tontonan tinggi.
“Pelik, walaupun orang tak suka saya, tapi mereka tetap nak tengok apa saya buat!,” katanya dipetik mStar Online.
Nur Sajat berkata dia mengabaikan sahaja komen negatif segelintir netizen terhadap video klip tersebut dan mengakui sudah buat sehabis baik.
“Setelah dipelawa Datuk Aliff dan KRU untuk menyanyi lagu ini, saya cuba-cuba sahaja lah. Saya bukan nak serius sangat dalam bidang ini.
“Saya hanya buat kerja dan selebihnya ditentukan oleh pendengar dan penonton di luar sana. Komen-komen negatif, abaikan sahaja.
“Saya sudah buat yang terbaik dan apa yang ditunjuk itu adalah hasil sepanjang penggambaran kami di Sepanyol,” ujarnya.
Video klip Abang Nak Tegur 3.0 sudah mencapai 100,000 kali jumlah tontonan sekali gus menjadi trending nombor satu di laman YouTube, sejak dimuat naik pada Selasa. Sumber:MYNEWSHUB.CC/AM , Editor:Farhana