Rakyat Malaysia Mati Ditembak Kerana Dadah infomalay12.blogspot.com


INDONESIA – Polis Indonesia melakukan operasi membanteras dadah di Medan, dan telah melepaskan tembakan kepada seorang rakyat Malaysia berusia 57 dan dua lagi rakyat Indonesia dan berjaya merampas 15 kilogram syabu daripada kumpulannya.

Portal Tribun News melaporkan, Ketua Polis Sumatera Utara, Paulus Waterpauw, berkata rakyat Malaysia itu dikenali sebagai Chin Yoo Fah atau Acin, bekerja sebagai tukang masak.

“Suspek ialah orang yang membawa dadah. Kami terpaksa bertindak tegas (melepaskan tembakan) kerana dia cuba melarikan diri,” katanya pada sidang media hari ini.

Polis menahan suspek di Jalan Imam Bonjol, depan Vihara Borobudur, selepas menahan rakan yang bersubahat dengannya yang merupakan warga Indonesia Azhari, 37, dan merampas empat kilogram syabu.

Polis juga berjaya menahan tiga suspek selepas itu yang kesemuanya warga Indonesia iaitu Tan Siong Tiong, 45, Joni @ Aguan, 47, dan Susanto @ Santo, 37 serta merampas sejumlah syabu daripada mereka.

Menurut Paulus, dua daripada mereka iaitu Siong Tiong dan Joni mati ditembak ketika cuba melarikan diri semasa operasi dijalankan.

Beliau berkata, keseluruhan syabu yang dirampas dalam operasi itu berjumlah 15 kilogram dan dipercayai dibawa masuk dari Malaysia melalui pelabuhan Pekan Baru. Sumber: Mymetro , Editor:Farhana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :