PPBM BERJUANG UNTUK MUKHRIZ - ANINA infomalay12.blogspot.com




Kuala Lumpur – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan agama dan bangsa.

Sebaliknya menurut Presiden Empirical Malaysia, Anina Saadudin, perjuangan parti itu telah tersasar kepada untuk menyelamatkan survival politik Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Anina yang juga merupakan salah seorang pengasas parti itu berkata, PPBM ditubuhkan dengan tergesa-gesa hanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyambung nyawa politik Mukhriz.

“Rakyat melihat perjuangan marhaen telah di ‘hijack’ (dirampas) oleh politikus yang gila kuasa. Pucuk pimpinan PPBM dilihat tidak jujur dalam memperjuangkan rakyat marhaen apabila sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa.

“Kesemua ahli PPBM di seluruh Malaysia dipergunakan untuk berkorban wang ringgit, masa, tenaga, keluarga dan insan tersayang dalam usaha menjatuhkan seorang individu bernama Najib Razak dan menyambung nyawa politik Mukhriz Mahathir.

“Tiada perjuangan bangsa yang dibawa oleh PPBM. Hanya ucapan retorik bahawa PPBM mempertahankan agama, bahasa Melayu dan hak istimewa Melayu yang di laungkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, hanya Muhyiddin yang dilihat begitu berusaha keras untuk berbaik dengan PAS demi mendapatkan kekuatan suara Melayu dalam Pakatan Harapan (PH). 

Sementara Mahathir dan Mukhriz pula ujar beliau begitu kuat berpegang kepada sokongan DAP.

“Jangkaan ramai pemerhati tepat apabila Tun M berjaya mempengaruhi PH untuk meletakkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri. Muhyiddin nampaknya hanya akan menjadi salah seorang Menteri Kanan sekiranya PH berjaya ke Putrajaya,” katanya.

Justeru itu ujar beliau, rakyat perlu membuka mata seluas-luasnya untuk menilai di manakah letaknya kepentingan isu bangsa dalam PPBM.

“Tiada, melainkan hanya perjuangan gila kuasa dan survival politik anak beranak,” tegasnya.


Subscribe to receive free email updates: