Politik toksik dan bahasa yang menindas infomalay12.blogspot.com

“Kita akan meninggalkan dunia. Itu mungkin makna kehidupan. Tetapi kita menggunakan bahasa. Itu mungkinnya ukuran kehidupan kita.” – Toni Morrison
Bahasa. Saya telah lama memikirkan tentangnya dan bagaimana ia digunakan dalam wacana politik kita lewat ini.
“Bodoh.” “Tidak bertanggungjawab”. “Menjengkelkan”. “Kebudak-budakan.” “Mementingkan diri sendiri”. Ini adalah kata-kata yang mengisi tulisan-tulisan yang menanggapi kempen #undirosak beberapa bulan yang lepas.
Kata-kata ini digunakan untuk merujuk kepada mereka yang berada di pinggiran masyarakat Malaysia, mereka yang memikir tentang politik dengan cara yang berbeza, dan mereka yang tidak sama sekali seragam.
Kecaman, membuat rasa bersalah, memperlekehkan, memburukkan, dan peras ugut emosi seolah-olah menjadi satu-satunya respon yang kita tahu dan sudah terbiasa.
Apa yang telah memiskinkan jiwa kita sehingga kita tidak mampu memanjangkan kemurahan hati untuk membolehkan kita mendengar suara-suara ini dan memahami kemarahan dan kekecewaan mereka adalah satu persoalan yang amat membingungkan.
Bahasa yang menindas
Dalam mengejar perubahan, kita secara tidak sedar telah menjadi gergasi keji yang kita benci, gergasi kejam yang kita terpaksa hadapi dalam melalui kehidupan seharian, gergasi zalim yang kuasanya ingin kita cabar dan hancurkan.
Seorang ahli politik dari barisan pembangkang telah ke depan lagi untuk menuntut agar suara-suara yang berbeza ini disiasat kerana ‘menghasut’ rakyat Malaysia untuk merosakkan undi.
Kemarahan terhadap tindakan yang melampaui batas ini sebelumnya hampir tiada.
Apakah yang telah terjadi kepada pemikiran kritikal? Ke mana hilangnya kejujuran intelektual kita? Bagaimana kita boleh membiarkan bahasa yang menindas yang sedang membinasakan imaginasi kita menyimpang dengan liar?
Tersentak oleh budaya politik toksik dan melemaskan ini, persoalan-persoalan ini terus bermain di fikiran.
Apabila kita terpaksa menggendong beratnya beban sebuah negara yang diselubungi peminggiran yang terus berkekalan, ketidaksamarataan yang kian melebar, dan kebencian kaum dan agama yang meracuni, adalah menjadi tuntutan agar perubahan dilaksanakan. Ini adalah suatu yang pasti.
Soalan yang betul
Suara-suara membangkang yang sedang diserang ganas ini telah menimbulkan pelbagai isu dan membangkitkan pelbagai persoalan berkenaan idea perubahan yang perlu ditangani.
Berdepan dengan kebuntuan politik yang kita hadapi hari ini, telah sampai masa kita bertanyakan soalan-soalan yang sebenar. Ursula K. Le Guin, salah seorang tokoh sastera yang telah meninggal dunia minggu lepas berkata “Tidak ada jawapan yang benar kepada soalan yang salah.”
Oleh demikian, mengajukan soalan yang benar dalam masa yang mencabar ini menjadi satu keperluan.
Soalan-soalan yang jarang kita bertanya dan sepatutnya mula bertanyakan dalam kebingitan yang menghimpit ini adalah – Apakah makna perubahan? Apa yang perlu diubah?
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: