Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan yang polis telah menjadi alat kepada kerajaan untuk menekan pihak pembangkang, seperti yang didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, siasatan polis tidak mengira kencenderungan politik pihak yang terlibat sebaliknya berdasarkan laporan yang dibuat.
"Beliau boleh cakap apa sahaja, itu hak dia, tetapi sebagai penguatkuasa, Bila ada laporan yang diterima, jika ada asas, kita (polis) akan siasat, tidak kira siapa pun yang terlibat," katanya seperti dipetik Berita Harian, hari ini.
Dalam ucapannya dalam mesyuarat agung tahunan pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) 30 Disember lalu, bekas perdana menteri itu antara lain berjanji akan mengembalikan kebebasan bersuara dan undang-undang kembali dihormati, bukannya disalahgunakan untuk menekan rakyat.
Pada masa ini, dakwanya, polis menyiasat pihak yang membuat laporan terhadap dakwaan salah laku Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bukan terhadap apa yang dilaporkannya.
"Polis tidak lagi akan menyuruh orang tertentu dari parti kerajaan membuat laporan polis terhadap ucapan rakyat, pemimpin atau media sosial supaya hal yang tidak melanggar undang-undang dijadikan jenayah untuk polis menyiasatnya," katanya lagi.
Mengulas perkara itu, Mohamad Fuzi berkata polis tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak membuat laporan seperti yang didakwa, sebaliknya hanya menyiasat setiap laporan yang diterima.
"Itu adalah pendangan peribadinya, jadi susah saya nak cakap (ulas)...(Tetapi) kalau pihak dia (Mahathir) pun ada apa-apa nak buat laporan, kita terima," katanya lagi seperti dipetik.
Read More / Baca Lagi >>