Pelik Anak Tak Berhenti Menangis, Rupanya Pertanda Isteri Mati Dibunuh infomalay12.blogspot.com


INDONESIA - Kebahagiaan pasangan suami isteri diragut apabial si isteri telah meninggal dunia akibat dibunuh.

Mayat Mangsa yang dikenali sebagai Laiga, 19 ditemui dalam keadaan menyayat hati dikebun jagung milik mereka di Aceh Darussalam.

Keadaan menjadi bertambah pilu apabila suami mangsa sendiri yang menemukan mayat isterinya terbaring dalam keadaan menyayat hati di tepi kebun jangung milik mereka dengan wajahnya lebam-lebam dan tidak berpakaian.

Menurut suami mangsa, Bustami 33, mula merasakan sesuatu yang buruk akan terjadi apabila anak mereka yang berusia satu tahun lima bulan terus menangis tanpa henti.

Bustami bergegas ke kebun dengan segera untuk mencari isterinya yang jaraknya 1 kilometer dari rumah mereka dan menemui mayat isterinya.

Pihak polis berkata, hasil siasatan mendapati mangsa di rogol sebelum dibunuh dan suspek masih belum ditemui.

Bustami dan Laiga dimaklumkan berkahwin selepas empat bulan berkenalan.

Mereka mulai berkenalan apabila Bustami pergi ke rumah sepupunya Salamah untuk menjemput adiknya yang belajar mengaji dan ketika itu Laiga ada dirumah tersebut.

Bustami mengakui bahawa dia sangat menyayangi isterinya dan tidak pernah bertengkar kerana Laiga memiliki hati yang lembut dan pemaaf.

Bustami juga berkata dia telah melarang Laiga untuk pergi ke kebun tersebut pada jumaat sebelum kejadian namun isterinya itu berkeras mahu pergi.

Laiga pergi bersendirian ke kebun tersebut kerana suaminya Bustami sedang sakit dan juga menjaga anaknya yang masih kecil di rumah.

Bustami tergerak hati untuk pergi menjenguk isterinya di kebun apabila anaknya tidak henti menangis. Editor:Farhana




Subscribe to receive free email updates: